SANGKAANKU
Ya Allah...
Aku tidak ingin bersangka buruk
Kerana itu membuatkan hatiku tidak tenang
Ya Allah...
Aku tidak ingin bersangka buruk
Kerana itu membuatkan fikiranku tidak menentu
Ya Allah...
Aku tidak ingin bersangka buruk
Kerana itu perhubungan bisa retak
Ya Allah...
Aku tidak ingin bersangka buruk
Kerana itu membuatkan aku gelisah
Ya Allah...
Aku tidak ingin bersangka buruk
Kerana itu menjadikan aku insan yang negatif
Ya Allah...
Aku tidak ingin bersangka buruk
Sungguh
Tapi tidak dapat aku elakkannya
Aku cuba Ya Allah...
Untuk tetap tersenyum
Dengan dugaanMu
Aku cuba Ya Allah...
Untuk tetap bertahan
Dengan rintanganMu
Aku cuba Ya Allah...
Masih mencuba
Tetap mencuba
Sehabis dayaku
INSYAALLAH
ASSALAMUALAIKUM
No comments:
Post a Comment