Monday, November 26

SEEKOR KUCING NABI BERNAMA MUEEZA

SEEKOR KUCING YG BERNAMA MUEEZA


Diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad SAW memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza.
Suatu ketika, dikala nabi hendak mengambil jubahnya, di temuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Kerana tidak mahu mengganggu haiwan kesayangannya itu, nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya.

Sebagai balasan, nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengusap lembut ke badan kucing baginda itu sebanyak 3 kali.
Dalam peristiwa lain, setiap kali Nabi menerima tetamu di rumahnya, nabi selalu menggendong mueeza dan diriba diatas pahanya.
Salah satu sifat Mueeza yang nabi sukai ialah dia selalu mengeong ketika mendengar azan, dan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara azan.
Kepada para sahabat, nabi selalu berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan, seperti menyayangi keluarga sendiri.
Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan manja ini sangatlah berat, dalam sebuah hadis sahih Al Bukhari, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya, dan tidak pula melepaskan kucingnya untuk mencari makan sendiri.
Nabi SAW pun menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini adalah siksaan neraka.
Tidak hanya nabi, isteri nabi sendiri, Aisyah binti Abu Bakar Ash Siddiq pun amat menyukai kucing, dan merasa amat kehilangan dikala kucingnya meninggalkan
Seorang sahabat yang juga ahli hadis, Abdurrahman bin Sakhr Al Azdi diberi jolokan Abu Hurairah (bapa kucing jantan), kerana kegemarannya dalam merawat dan memelihara banyak kucing jantan dirumahnya.

*Ada sesetengah dari kita sanggup membiarkan kucing kelaparan. Mungkin ramai yang tidak mengetahui balasannya. Nak baca kisah sedih kucing tak? klik sini
*saya pun suka kucing, anda semua suka kucing tak? sunnah nabi ni..hi3 :)



_________________________________________________________________


KAT BAWAH NI KUCING KITE YE...TENGOK2 :D MACEH2 WASSALAMALAIK >.<

NAME DIE COMEL TAWUU <3



NAME DIE TOMTOM :D


NAME DIE COMEL



NAME DIE MOMO <3




Saturday, November 10

BISIKAN MALAM - LIRIK

Bisikan Malam
Album : Satu Tekad
Munsyid : Unic
http://liriknasyid.com


Bila ku didatangi malam 
Gelora perasaan mencengkam dijiwa 
Masihkah ada lagi 
Dayaku menghindar dari kealpaan 

Diterjah berbagai persoalan 
Dihujani airmata penyesalan 
Bisakah terhapus semua 
Segala dosa-noda yang bertakhta 

Terangi jalan hidupku 
Dengan cahaya kasih Mu 
Pimpinlah daku dengan hidayah Mu 

Tuhanku... 
Di malam syahdu ku merayu 
Ampunilah segala dosaku yang lalu 
Sujud ku mendambakan keredhaan Mu 
Tempatkan daku di dalam rahmat Mu 

Tuhanku... 
Usah Kau biarkan diri ku 
Hanyut terleka, di jiwa dunia membelenggu 
Dan aku sesungguhnya pasrah pada Mu 
Hidup matiku hanyalah untuk Mu 

Ya Allah tunjukkan jalan kebenaran 
Suburkan jiwa ku dengan keimanan 
Hanya pada Mu Oh Tuhan 
Ku sandarkan harapan 

Friday, November 9

Selamat tinggal kepada sem 1 :)


Assalamualaikum!

Pejam celik, pejam celik..rupanya dah habis dah pun sem ni. Cam tak terasa je masa berlalu. Huhu... tanda-tanda akhir kiamat makin mendekat. Bila mana manusia merasa tidak cukup masa dan merasakan peredaran masa terlalu sekejap.

Apa-apa pun, jangan salahkan kehidupan kita yang terlahir di akhir zaman. Mantopkan iman kita ye sahabat-sahabat semua. Saya menasihati untuk diri sendiri dan untuk anda juga. Saya pun ngah nak berubah gak ni... Orang kata, sekarang ni tak leh dah nak berubah slow-slow. Tak leh step-by-step. Kena double-by-double dah. Kita hidup di zaman kiamat berlaku. Bila-bila masa saja boleh zaaaaappp!! *menggeletar*

Dalam sembang2 dngn dia, adik sepupu saya pernah cakap,"Best kan kalau kita dapat hidup sezaman dengan Rasulullah? Dapat tengok muka dia, dapat duduk-duduk dengan dia. Dapat tanya terus persoalan agama dengan dia. Mesti kita mampu jadi warak."

Terdiam dalam kata kata yg di luahkan olehnya tadi ... memang , siapa yg nak lepaskan peluang bersama Baginda .. dialah Contoh bagi sekalian ummat, Allah ... tapi ,,
"Belum tentu... hari ini, ramai yang entah ke mana imannya. Kita pun, syukur dilahirkan dalam Islam. Syukur kita kenal Islam 'tanpa bersusah payah'. Islam 'keturunan'.
Tapi .. ingat wahai teman , jangan sekadar islam pada Ic , maka menempah Murka Allah .. nauzubillah ..

Rasa-rasa, kalau kita ni tidak dianugerahkan dengan nikmat Islam 'keturunan', sampai tak hidayah Allah untuk kita peluk Islam?
Sedangkan bapa saudara Nabi saw pun, yang dekat dengan dia... tak diberi hidayah oleh Allah. pada Zaman Nabi  tu pulak, ada agama nenek moyang. Islam dianggap agama baru dan ingin mengubah agama asal mereka. Masa tu, masyarakat tengah keliru. Kalau kita berada di zaman Nabi Muhammad, takut-takut...kita diantara orang yang keliru itu," ujar saya panjang lebar.wallahualam

Adik sepupu saya mengangguk-angguk.

"Betul jugak kan? Takutnya!"

Saya turut mengangguk. "Takut, memang takut. Maka, syukur la kita ni diberi nikmat iman. Biar pun kerana Islam 'keturunan', kita kena tanya diri kita, kenapa kita memeluk Islam? Kita tengok cara hidup kita, Islam tak? Huhuhu..."
masuk pula bab Ihsan .. sebab , Islam Iman dan Ihsan berkait rapat .. mulalah berpanjang lebar .. hahhahaha :D Allahamdulillah dia mendengar dengan penuh tekun , supaya dia dapat ambil iktibar dan ilmu dari isi yang saya cakapkan .

Okey..dah lari dah idea asal wat entri ni. Sebenarnya...bukan nak tulis pasal ni, tapi nak tulis pasal final exam! Tapi itulah... macam yang saya pernah cakap dulu. Hidup kita ni, segala-galanya adalah semata-mata kerana agama. Tak dapat lari!
tak ape , tak salahkan kongsi ilmu dengan rakan2 :) dapat manfaat sikit sebanyak .. saya pung kadang2 lupe juga .





Idea asal bukak "New Post' nyer pasal ni je... Huhuhu!

1 . Gudluck for Final exam .
2 . 5 nov 2012  (8 pagi - 10 pagi) Pengajian Am 1  . korang bace bnyak2 taw ,, semalam time prep tu dah khatam dah kan , hahahha
3 . 5 nov 2012 (2.30 petang - 4.30 petang ) Syariah Fiqh 1  . haha. yang ni kene buat sungguh2 ye kawan2  , gudluuuccckk :D
4 . 6 nov 2012 (2.30 petang - 4.30 petang) Barab 1 . !! go go ..
5 . 7 nov 2012 (11 pagi 1 petang) Usuluddin 1 . hahha yg ni ~ :D
6 . 8 nov 2012 (8 pagi - 10 pagi) sejarah ( 2.30 petang - 4.30 petang) ekonomi





m

Saturday, October 13

Nasyid Sebagai Medium Dakwah


Berjuang kerana Allah
Ya Allah Kau kurniakanlah keinsafan dan petunjuk kepada anak bangsaku yang semakin dihimpit kelalaian yang membinasakan. Dengan taufik dan hidayahMu maka ampunilah kami dan bimbinglah kami demi mengecapi kemanisan dalam perjuangan menegakkan agama Mu ya Allah Tuhan yang maha perkasa...

Berjuanglah anak bangsaku!

Ikhlas dalam perjuangan.

Perjuangan yang telah mengorbankan masa, harta, darah dan nyawa ini tidak seharusnya dipersiakan dengan sikap yang salah dan tindakan yang menyanggahi prinsip ilmu dan amal Islam. Kelak, segala yang dikorbankan itu hanya menjadi debu tanpa nilai . Ingatlah pesanan Ilahi :

"Dan Kami tujukan perbicaraan kepada apa Yang mereka telah kerjakan dari jenis amal (yang mereka pandang baik), lalu Kami jadikan Dia terbuang sebagai debu Yang berterbangan." Surah al Furqan . Ayat : 23

Ingin saya tegaskan di sini bahawa , perjuangan kita hendaklah seindah islam yang diperjuangkan . Sementara keindahan Islam ini pula terletak pada Khaliq tuhan pencipta.

Justeru itu, janganlah berjuang selain daripada usaha mendapatkan redho dan restu dari-Nya.

Awaslah, ramai yang berjuang dan mengaku berjuang (biarpun tidak memenuhi piawaian standard sebagai seorang pejuang) tetapi mereka bukan berjuang kerana Allah dan agamaNya .

Sebaliknya mereka hanya berjuang dengan mengatas namakan perjuangan Islam, sedang apa yang mereka mahu capai ialah kemasyhuran, kehebatan dan kedudukan. Sabda rasulullah saw:

حدثنا أبو مُوسَى الْأَشْعَرِيُّ أَنَّ رَجُلًا أَعْرَابِيًّا أتى النبي فقال يا رَسُولَ اللَّهِ الرَّجُلُ يُقَاتِلُ لِلْمَغْنَمِ وَالرَّجُلُ يُقَاتِلُ لِيُذْكَرَ وَالرَّجُلُ يُقَاتِلُ لِيُرَى مَكَانُهُ
فَمَنْ في سَبِيلِ اللَّهِ فقال رسول اللَّهِ من قَاتَلَ لِتَكُونَ كَلِمَةُ اللَّهِ أَعْلَى فَهُوَ في سَبِيلِ اللَّهِ

“Hadis Abi Asy`ari Rha. : bahawa seorang lelaki A’rabi mendatangi nabi saw lantas bertanya : Wahai Rasulullah , seseorang berperang ( berjuang ) supaya memperolehi harta ghanimah , ada yang berjuang supaya namanya disebut – sebut, ada yang berjuang supaya dilihat kedudukannya, maka siapakah yang benar – benar berjuang dijalan Allah? maka Nabi saw menjawab: Barangsiapa yang berjuang untuk meninggikan kalimah Allah swt. maka dialah pejuang di jalan Allah swt. Sohih Muslim. Hadis No : 1904 Juzuk 3 Muka surat 1512






























































                            SEKIAN DARI KAMI ' WALLAHUALAM  .. SYUKRAN JAZILAN .. ;)









Warkah Untukmu ..








Warkah buat kamu.

Untuk lelaki papa yang tidak ada rupa.

Saya masih ingat kamu makan kurma dan maggie semasa berbuka puasa untuk beri saya makan nasi. Saya masih ingat sindiran ‘heh’ bila mereka bertanya tentang gaji. Saya tidak akan membela kamu sekiranya kamu bukan lelaki mulia yang menjaga kebajikan saya selepas kematian ayah. Kamu korbankan keringat dan tenaga seperti kerbau diikat tali untuk saya mendapatkan sehelai kertas yang bertulis ‘graduan ijazah’. Kamu daif. Tetapi kamu tidak lokek kasih sayang. Kamu peluk abah kamu yang sudah tua dan papa itu umpama kamu masih bayi yang mahu dikelek ibunya. Kamu serahkan semua duit gaji bulan ramadhan kepada adik perempuan kamu sedangkan kamu sendiri tidak ada simpanan lagi untuk membeli tiket bas.

Mereka hina kamu. Kerana kamu bukan berdarah si polan bin si polan. Mereka jengkel memandang kamu kerana kamu bukan si dot dot dot. Mereka meludah nista, mencebit kelat ke atas nama kamu. Saya sendiri malu untuk mengaku dikhalayak ramai apa takdirmu dan saya. Saya selubung wajah kamu dari masyarakat kerana saya takut terkena tempias sindrom kusta kasta. Kamu minta saya jangan temukan kamu dengan orang sekeliling saya lagi kerana cukuplah apa yang kamu telah terima. Tetapi mereka kata kita hidup dalam komuniti. Mesti temu-bertemu.

Kamu,
Saya dan kamu sama. Kalau mereka tidak setuju laras seorang hamba, mari kita berbeza. Yang kaya berkawan dengan materialnya. Yang miskin bergelumang dengan jerih perihnya. Tunggulah nanti, kita akan mendayung perahu daif kita ke haluan sana. Mereka di darat akan tetap menenggek di atas batu, mendoakan tenggelamnya si perahu.

Kamu,
Hidup ini kesempatan untuk kita menduduki ujian. Kamu takdir saya di atas dunia. Entah kita akan bertemu di alam kedua, ketiga. Kamu dan saya akan melihat antara satu sama lain. Memalingkan wajah dari lemparan batu mereka. Perisailah jasad saya meskipun dengan helaian kain, saya bersyukur. Kerana kamu sudah terlalu banyak melakukan kebaikan ke atas saya.

Media.
Kamu bukan lelaki biasa. Bukan lelaki penjawat profesional tetapi di pintu masuk rumah bertukar keji. Di luar rumah, gelandangan dengan wanita pendusta.
Kamu bukan lelaki kacak yang merengek mencubit harta orang tua sedikit demi sedikit supaya dapat menampung kamu untuk bergaya.
Kamu bukan anak derhaka yang meninggalkan orang tuanya kerana terlupa. Meninggalkan isteri demi wanita lain. Menanggalkan kasih terhadap anak kerana dadah dan judi.
Saya mahu media tahu, kamu bukan lelaki yang layak menghuni dada mereka.

Kamu itu patuh. Kepada keluarga, Tuhan, majikan malah kepada manusia biasa. Kamu bodoh, memberi peluang kepada saya malah orang lain untuk memijak, menghentak dan mengheret kepala kamu lalu berdarahlah tanpa ada yang peduli manusia apakah kamu ini merelakan makhluk Tuhan lain menguji kamu sebelum mungkar dan nangkir. Tetapi jangan tinggalkan saya. Kerana saya mahu belajar sabar seperti kamu. Berpedoman dan memiliki akal waras seorang hamba Allah.

Malah, jangan jauh dengan saya. Meskipun selebar zarah. Saya mahu terus melihat wajah kamu yang setia senyum dibawah mentari, ditampar angin dan dilambung bah.

Seandainya ramai lelaki seperti kamu, maka wanita akan bahagia.

(copy paste kisah ini dari sebuah artikel)


GUNDAH GULANA RINTANGAN HIDUP


Hidup umpama seni Semakin dicari semakin sukar untuk dimengerti. Segalanya terlalu misteri menjadikan kita yang kurang mendalami identiti diri dirantai derita sendiri..






Salam ukhuwah

Sutera mewah hamba sembahkan
Bawa ke anjung bersama suasa
Salam Ukhwah hamba hulurkan
Buat pengunjung Cinta Al-Aqsa

Keris didamba seluruh persada
Tradisi dibawa mudik kelaut
Bicara hamba masih muda
Gurulah jua tempat berpaut

Puteri ternama jadi impian 
Seisi kota merisik tanya
Lorong agama penuh ujian
Peluklah kita pada akarnya

SIAPAKAH ANDA?

Siapakah orang yang sibuk ? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil pusing akan waktu shalatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

Siapakah orang yang manis senyumannya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang di timpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata, "Ya Rabbi Aku ridha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan Tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada.senantiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan kemana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi menghimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni surga kelak karena telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.






Saturday, September 29

KAU BAHAGIA KU JUGA BAHAGIA




BUAT SEORANG TEMAN YANG BERGELAR SAHABAT

kau pergi dan meninggalkan aku keseorangan,
mungkin kau menyangka aku kejam,
menyangka aku yang bersalah memburukkan keadaan,

tetapi jika kau ketahui sebetulnya apa yang sedang aku rasakan,
saat meninggalkanmu di belakang,
langkah ku kabur dengan menakung air mata yang mula berlinang,
ekor mataku tidak habis memandang.

aku menapak demi langkah,
terasa lemah dan goyah,
namun demi sebuah ketetapan,
yang tak mungkin kan terpadam,
aku tidak bisa berhenti berjalan,

ku teruskan langkah dengan payah,
terhambat segala impian yang tak sudah,
tercari pelangi-pelangi indah,
yang menghilangkan segala resah.

bukan sengaja ku mencoret semua ini,
tapi ingin memberimu pengertian yang pasti,
bahawa segala yang terjadi,
bukan kehendak hati ini,

jika aku dipersalahkan,
telah melukai dirimu dan harapan,
aku mohon agar aku dimaafkan,
cuma ku mohon kau dengarkan,
sesuatu yang ingin sangat aku ucapkan,
bahagialah wahai sahabat tersayang,
aku yang penuh kelemahan ini,
telah melukakanmu, wahai teman yang aku sayang,
sedangkan sebenarnya aku terlalu ingin menjadi sahabat yang sering mendamaikan resahmu,
sahabatnya yang menenangkan kebimbanganmu,
sahabat yang bersama di setiap peritmu,
sahabat yang sentiasa menadah telinga di setiap permasalahmu.
tetapi sebaliknya berlaku,
aku yang telah melukaimu,
dengan keadaan yang tidak pernah aku bayangkan,

harapanku sepertimu,
tetapi takdir menetapkan yang lain .





Friday, September 14

HARUSKAH AKU MENGELUH ...



MENGELUH ... HARUSKAH AKU MENGELUH

Haruskah aku mengeluh? Sedangkan Allah SWT memberikan nikmat Islam kepadaku. Nikmat yang menerangi jalanku. Nikmat yang menunjukan jalan menuju keselamatan. Nikmat yang memberi petunjuk untuk bahagia dunia akhirat.


Haruskah aku mengeluh? Sedangkan aku dianugerahkan dengan ibu bapa yang bijak, yang menjadi inspirasi hidupku, yang membimbingku ke arah hidup yang lebih baik, yang membesarkan dan mendidikku, yang tidak pernah jemu menjaga dan memanjakan agar aku membesar sihat, kuat, dan cerdas, yang rela berkorban demi kebaikanku.



Haruskah aku mengeluh? Sedangkan aku dijodohkan dengan seorang isteri yang cantik dan penyabar, yang sentiasa menemani tatkala aku suka mahupun duka, yang sentiasa mendoakanku selepas solatnya, yang sentiasa memberikan dorongan agar aku terus bergerak, yang memberikan kekuatan ketika aku lemah, yang tanpa lelah melayani keperluanku.

Haruskah aku mengeluh? Sedangkan aku dikelilingi saudara-saudara yang baik hati. Saudara yang suka menghibur aku, saudara yang sentiasa sedia membantu aku. Saudara yang sering aku minta nasihat dan pendapat. Saudara-saudara yang sentiasa berjuang bersama demi kebaikan bersama. Saudara-saudara yang memberi semangat agar aku berani menjalani hidup.



Haruskah aku mengeluh? Sedangkan aku diberikan banyak kelebihan. Aku memiliki kemampuan belajar, aku memiliki kemampuan berbicara, aku memiliki kemampuan menulis, dan keyakinan bahawa masih mampu memiliki kemampuan-kemampuan yang lainnya.

Dan banyak lagi nikmat dari Allah yang tidak mampu aku sebutkan. Tidak terhitung banyaknya! 
Jadi, mengapa harus aku mengeluh?


"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?"




Sunday, August 26

MAJLIS IFTAR JAMAIE PRA UNIVERSITI 2012

Assalamualaikumm ...salam sejahtera :)

DI JEMPUT PARA GURU DAN PELAJAR PRA-U SMKA MAAHAD HAMIDIAH UNTUK MENGHADIRI IFTAR JAMA'EI PADA SELALSA , 14 OGOS 2012 BERSAMAAN 25 RAMADHAN 1433 HIJRIAH
MENGALU ALUKAN ANDA SEMUA DATANG BERAMAI RAMAI BERSAMA ANAK ANAK SERTA CUCU ... DAN KAUM KELUARGA .
SEGALA KESILAPAN DAN KEKURANGAN DARI KAMI HARAP DI MAAFKAN..
AKHIRRULKALAM .. SALAM RAMADHAN KAREEM :)
SALAM EIDUL FITRI KEPADA SEMUA WARGA BUMI MAAHAD HAMIDIAH :)




 PRESIDENT MMPU 2012/2013
(ABDUL RAHMAN ABDUL RAHIM)
-Ucapan sepatah due kata dari beliau kepada semua hadirin dan hadirat yang menghadiri iftar jamaie pada majlis tersebut-


KETIBAAN PROFESOR PROFESOR PRA-U
-dari kanan, Prof Zainaphi dan anak, tengah Prof Zulkifli , dan kiri Prof Shaharuddin-

ketibaan mereka kami sambut dngn sederhana sahaja , mereka memalas dngn senyuman dengan sungguh manis kepda kami semua .. :D terimakasih 



2 putera dan 2 puteri ini adalah untuk tolong-tolong di meja Tetamu ..
terimakasih atas bantuan kalian sahabat :)

masa untuk makan :D ok . doa doa .. ameeen
-dari kanan Razan  , putera kanan Hafizulhelmi a.k.a Minho , 
putera kiri Khairul Rizal dan akhir sekali Amira zuki-




MEJA TETAMU


meriahkan lagi suasana pada iftar MPPU, kami berbesar hati memberikan sedikit cendera hati kepada mereka yg telah mencurahkan ilmu kepada kami ..

-President dan Prof Shaha-



NazrulIkhman (MC pada majlis iftar), Prof Zul dan President . Rahman Rahim


 (Ketua AKL majlis iftar )Zulhakim dan Bekas President MMPU 2011 - Abdul Aziz



sungguh ceria di wajah Abg Faiz Azrai a.k.a GEK :)
KETUA PELAJAR SMKA MAAHAD HAMIDAH 
jemput jemput .. ekehekekkekekee 



manis sungguh senyuman akak akak ni . aishhh ..
lagi manis dari air sirap tuh :)
 Jemput kak jemput ..



Tak lupa juga anak anak Prof kami ni .. alahai . comel . haaa
JANGAN MAKAN AYAM TU :)
hahha ... Iftar kami pada kali ini bertemakan Suasana Kampung ..



Puteri MMPU 2012/2013
seronok posssssing .. aish ~




semua nak tangkap anak ayam tu , aahaha
main je la .. jngn sampai mati sudah :) 


Hias cepat .. hias2 .. alahai .. tangkap gambo je tahu . ahahhahha




 ini lah jejake jejake MPPU hahhaha...





AKHIR KATA ... ANAK ANAK AYAM NI NAK UCAPKAN SALAM RAYE KEPADA SEMUA WARGA BUMI MAAHAD DAN KAUM MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DI SELURUH DUNIA :)
SESUNGGUHNYE MAAF MEMAAFI ADALAH SESUATU YG DI SUKA OLEH ALLAH ..
JADI , MARILAH KITA LUPAKAN KISAH LAMA ... MAAFKAN SALAH YG LAMA ,.
ERATKAN LAGI UHKUWAH YG ADA SALAM LEBARAN ,
SELAMAT HARI RAYA EIDUL FITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN 
WASALAM;ALAIK

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

kamu orng yang ke berape entah