Friday, November 9

Selamat tinggal kepada sem 1 :)


Assalamualaikum!

Pejam celik, pejam celik..rupanya dah habis dah pun sem ni. Cam tak terasa je masa berlalu. Huhu... tanda-tanda akhir kiamat makin mendekat. Bila mana manusia merasa tidak cukup masa dan merasakan peredaran masa terlalu sekejap.

Apa-apa pun, jangan salahkan kehidupan kita yang terlahir di akhir zaman. Mantopkan iman kita ye sahabat-sahabat semua. Saya menasihati untuk diri sendiri dan untuk anda juga. Saya pun ngah nak berubah gak ni... Orang kata, sekarang ni tak leh dah nak berubah slow-slow. Tak leh step-by-step. Kena double-by-double dah. Kita hidup di zaman kiamat berlaku. Bila-bila masa saja boleh zaaaaappp!! *menggeletar*

Dalam sembang2 dngn dia, adik sepupu saya pernah cakap,"Best kan kalau kita dapat hidup sezaman dengan Rasulullah? Dapat tengok muka dia, dapat duduk-duduk dengan dia. Dapat tanya terus persoalan agama dengan dia. Mesti kita mampu jadi warak."

Terdiam dalam kata kata yg di luahkan olehnya tadi ... memang , siapa yg nak lepaskan peluang bersama Baginda .. dialah Contoh bagi sekalian ummat, Allah ... tapi ,,
"Belum tentu... hari ini, ramai yang entah ke mana imannya. Kita pun, syukur dilahirkan dalam Islam. Syukur kita kenal Islam 'tanpa bersusah payah'. Islam 'keturunan'.
Tapi .. ingat wahai teman , jangan sekadar islam pada Ic , maka menempah Murka Allah .. nauzubillah ..

Rasa-rasa, kalau kita ni tidak dianugerahkan dengan nikmat Islam 'keturunan', sampai tak hidayah Allah untuk kita peluk Islam?
Sedangkan bapa saudara Nabi saw pun, yang dekat dengan dia... tak diberi hidayah oleh Allah. pada Zaman Nabi  tu pulak, ada agama nenek moyang. Islam dianggap agama baru dan ingin mengubah agama asal mereka. Masa tu, masyarakat tengah keliru. Kalau kita berada di zaman Nabi Muhammad, takut-takut...kita diantara orang yang keliru itu," ujar saya panjang lebar.wallahualam

Adik sepupu saya mengangguk-angguk.

"Betul jugak kan? Takutnya!"

Saya turut mengangguk. "Takut, memang takut. Maka, syukur la kita ni diberi nikmat iman. Biar pun kerana Islam 'keturunan', kita kena tanya diri kita, kenapa kita memeluk Islam? Kita tengok cara hidup kita, Islam tak? Huhuhu..."
masuk pula bab Ihsan .. sebab , Islam Iman dan Ihsan berkait rapat .. mulalah berpanjang lebar .. hahhahaha :D Allahamdulillah dia mendengar dengan penuh tekun , supaya dia dapat ambil iktibar dan ilmu dari isi yang saya cakapkan .

Okey..dah lari dah idea asal wat entri ni. Sebenarnya...bukan nak tulis pasal ni, tapi nak tulis pasal final exam! Tapi itulah... macam yang saya pernah cakap dulu. Hidup kita ni, segala-galanya adalah semata-mata kerana agama. Tak dapat lari!
tak ape , tak salahkan kongsi ilmu dengan rakan2 :) dapat manfaat sikit sebanyak .. saya pung kadang2 lupe juga .





Idea asal bukak "New Post' nyer pasal ni je... Huhuhu!

1 . Gudluck for Final exam .
2 . 5 nov 2012  (8 pagi - 10 pagi) Pengajian Am 1  . korang bace bnyak2 taw ,, semalam time prep tu dah khatam dah kan , hahahha
3 . 5 nov 2012 (2.30 petang - 4.30 petang ) Syariah Fiqh 1  . haha. yang ni kene buat sungguh2 ye kawan2  , gudluuuccckk :D
4 . 6 nov 2012 (2.30 petang - 4.30 petang) Barab 1 . !! go go ..
5 . 7 nov 2012 (11 pagi 1 petang) Usuluddin 1 . hahha yg ni ~ :D
6 . 8 nov 2012 (8 pagi - 10 pagi) sejarah ( 2.30 petang - 4.30 petang) ekonomi





m

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

kamu orng yang ke berape entah