Saturday, October 29

KAU LAH SAHABAT DUNIA AKHIRAT



Assalamualaikum dan salam ukhwah..

Umi selalu pesan “pilih kawan yang baik, jangan kawan ngan budak2 jahat”

Abah selalu bagi amaran “jangan kawan ngan budak2 tak senonoh, isap dadah..nanti rosak akhlak”

Cikgu2 kat sekolah dulu2 pesan “kalau kawan ngan kawan2 yang rajin belajar, nanti kita pon rajin belajar gak”

Ustaz lak selalu bertazkirah “kawan mencerminkan peribadi kita,,kalau nak tengok kita baik atau tak, tengok dengan siapa kita berkawan”

Cik Anis kawan dalam blog lak kata “kawan je la ngan sapa2 pon, yang penting biar orang jadi lebih baik dari kita. Tapi jangan sampai kita ikot perangai tak baik kawan2 kita tu”

Kalau semua orang tak nak berkawan a.k.a bersahabat dengan mat rempit, penagih dadah, gangster, penzina dan macam2 ‘’pe’’ lagi tu camne? Siapa yang nak menyedarkan mereka?

Kalau semua orang yang bertudung labuh hanya nak bercampur gaul ngan orang bertudung labuh je, siapa nak nasihatkan orang yang tak bertudung sempurna untuk pakai tudung dengan sempurna?

Kalau semua orang yang cukup solat 5 waktu tak nak dekati orang yang tak solat, camne mereka nak dapat kesedaran untuk solat?

Nampak kat mana tanggungjawab kita sebagai KHALIFAH yang ALLAH cipta atas muka bumi nie?

Apa sumbangan kita pada agama ISLAM kita?

Ada orang pelik tengok saya berkawan dengan orang yang berpakaian seksi, tak tutup aurat dengan sempurna, mat rempit, si penzina, kaki botol..mereka pelik, pelik sesangat. Ape yang nak dipelikkan pon saya tak faham. Salah ke nak berkawan dengan mereka?

Bukankah peluang untuk kita meraih pahala tu terbuka luas? Kita nasihatkan mereka, bawak mereka ke jalan ALLAH, kita tunjuk akhlak yang baik, mudah2an hati mereka terbuka untuk bertaubat. Sekurang2nya ada pahala yang kita bawak nak menghadap ALLAH nanti. Mana tahu esok lusa kita dah terbaring kaku kan? Nak nasihat bukan boleh sehari dua, tapi kadang2 boleh makan masa sampai bertahun2. So, KESABARAN amat diperlukan. Sabar, sabar dan sabar.

Pernah saya dapat panggilan telefon dari seorang sahabat ,dia budak kampung. Masa tu dah jam 4 pagi. Dia cuma nak cakap dia baru balik merempit. Merempit sebab bosan.

Pernah seorang sahabat memang terang2 mengaku tak mahu solat.

Kalau nak cerita memang banyak, tak sanggup rasanye. Sebenarnya kita tak boleh menghina mereka yang hidupnya jauh dari ALLAH. Kalau angin tak bertiup, takkan daun2 leh berguguran kan? (Eh, silap ek?)Mesti ade sebab mereka jadi begitu, hidup bergelumang ngan maksiat. Masalah terbesar adalah disebabkan PENGHAYATAN terhadap agama yang kurang. Diulangi, PENGHAYATAN. Cik Anis tak kata orang yang TAK ADA didikan agama, ye. Kalau kita baca novel cinta dengan penuh penghayatan, mesti sampai nangis2 kan? Kalau tengok movie hantu tapi fikiran menerawang ke tempat lain, mesti kita tak terjerit2 ketakutan kan? So, betapa pentingnye PENGHAYATAN dalam kehidupan kita lebih2 lagi dalam bab agama.

Kadang2 mereka terus hanyut kerana kesilapan kita yang tak pernah menegur kesilapan mereka. Mungkin kerana kita takut, segan dan rasa tak layak nak menegur. Heh, nak tunggu sampai bila? Kita juga pernah buat silap. Bila menegur orang lain, seharusnya kita juga memperbaiki diri sendiri.
saya pun bnyk khilaf dan kurangnya.........sama2 poerbaiki.Wallahualam

Wassalam..

“BERKAWAN BIAR BERJUTA, BERSAHABAT BIAR SAMPAI KE SYURGA”

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

kamu orng yang ke berape entah