Saturday, October 29

KAU LAH SAHABAT DUNIA AKHIRAT



Assalamualaikum dan salam ukhwah..

Umi selalu pesan “pilih kawan yang baik, jangan kawan ngan budak2 jahat”

Abah selalu bagi amaran “jangan kawan ngan budak2 tak senonoh, isap dadah..nanti rosak akhlak”

Cikgu2 kat sekolah dulu2 pesan “kalau kawan ngan kawan2 yang rajin belajar, nanti kita pon rajin belajar gak”

Ustaz lak selalu bertazkirah “kawan mencerminkan peribadi kita,,kalau nak tengok kita baik atau tak, tengok dengan siapa kita berkawan”

Cik Anis kawan dalam blog lak kata “kawan je la ngan sapa2 pon, yang penting biar orang jadi lebih baik dari kita. Tapi jangan sampai kita ikot perangai tak baik kawan2 kita tu”

Kalau semua orang tak nak berkawan a.k.a bersahabat dengan mat rempit, penagih dadah, gangster, penzina dan macam2 ‘’pe’’ lagi tu camne? Siapa yang nak menyedarkan mereka?

Kalau semua orang yang bertudung labuh hanya nak bercampur gaul ngan orang bertudung labuh je, siapa nak nasihatkan orang yang tak bertudung sempurna untuk pakai tudung dengan sempurna?

Kalau semua orang yang cukup solat 5 waktu tak nak dekati orang yang tak solat, camne mereka nak dapat kesedaran untuk solat?

Nampak kat mana tanggungjawab kita sebagai KHALIFAH yang ALLAH cipta atas muka bumi nie?

Apa sumbangan kita pada agama ISLAM kita?

Ada orang pelik tengok saya berkawan dengan orang yang berpakaian seksi, tak tutup aurat dengan sempurna, mat rempit, si penzina, kaki botol..mereka pelik, pelik sesangat. Ape yang nak dipelikkan pon saya tak faham. Salah ke nak berkawan dengan mereka?

Bukankah peluang untuk kita meraih pahala tu terbuka luas? Kita nasihatkan mereka, bawak mereka ke jalan ALLAH, kita tunjuk akhlak yang baik, mudah2an hati mereka terbuka untuk bertaubat. Sekurang2nya ada pahala yang kita bawak nak menghadap ALLAH nanti. Mana tahu esok lusa kita dah terbaring kaku kan? Nak nasihat bukan boleh sehari dua, tapi kadang2 boleh makan masa sampai bertahun2. So, KESABARAN amat diperlukan. Sabar, sabar dan sabar.

Pernah saya dapat panggilan telefon dari seorang sahabat ,dia budak kampung. Masa tu dah jam 4 pagi. Dia cuma nak cakap dia baru balik merempit. Merempit sebab bosan.

Pernah seorang sahabat memang terang2 mengaku tak mahu solat.

Kalau nak cerita memang banyak, tak sanggup rasanye. Sebenarnya kita tak boleh menghina mereka yang hidupnya jauh dari ALLAH. Kalau angin tak bertiup, takkan daun2 leh berguguran kan? (Eh, silap ek?)Mesti ade sebab mereka jadi begitu, hidup bergelumang ngan maksiat. Masalah terbesar adalah disebabkan PENGHAYATAN terhadap agama yang kurang. Diulangi, PENGHAYATAN. Cik Anis tak kata orang yang TAK ADA didikan agama, ye. Kalau kita baca novel cinta dengan penuh penghayatan, mesti sampai nangis2 kan? Kalau tengok movie hantu tapi fikiran menerawang ke tempat lain, mesti kita tak terjerit2 ketakutan kan? So, betapa pentingnye PENGHAYATAN dalam kehidupan kita lebih2 lagi dalam bab agama.

Kadang2 mereka terus hanyut kerana kesilapan kita yang tak pernah menegur kesilapan mereka. Mungkin kerana kita takut, segan dan rasa tak layak nak menegur. Heh, nak tunggu sampai bila? Kita juga pernah buat silap. Bila menegur orang lain, seharusnya kita juga memperbaiki diri sendiri.
saya pun bnyk khilaf dan kurangnya.........sama2 poerbaiki.Wallahualam

Wassalam..

“BERKAWAN BIAR BERJUTA, BERSAHABAT BIAR SAMPAI KE SYURGA”

Friday, October 21

JIKA PUISI INI YG TERAKHIR UNTUKMU

Sayangku...
Seandainya hari ini....
adalah hari yang terbaik buatku...
izinkanlah aku menatap wajahmu..
berikan aku seukirsenyum manismu...
agar aku bisa bertahan sedikitwaktu lagi...
biar aku dapat bernafas...
mencium harum wangianmu itu
yang menusuk ronggaku....

sesungguhnya hati ini senang...
saat bersama denganmu...
tika bergelak ketawa denganmu...
aku bahagia...
apabila menangis denganmu..
aku juga bahagia..

hati ini berterima kasih ...
kerana kau sudi berkongsi rasa ini...
dan membuka pintu hatimu buatku...
meskipun kau tahu siapa aku....

sayangku....
hadirmu mengubah segalanya ...
memori lukaku terhapus semuanya...
apa yang ada...
cuma rasa cintaku padamu...
dan aku tahu engkau juga begitu...

sayangku...
biarpun bahgia ini cuma sementara...
ku harap engkau merelakan nya...
ku pohon kau mengertinya...

sayangku..........
aku tidak bisa lama lagi..
pandanganku ini berat sekali...
sekiranya jatuh kelopak ini...
maka carilah pengganti..
agar kau gembira lagi...
biar kau tidak berpatah hati...

kerana aku tidak dapat bersama denganmu...
memintal dan mencalit cinta..
menyimpul dan memahat rindu...

sayangku....
selepas aku pergi...
aku yakin kau akan dapat melihat alam ini...
takdir ILAHI telah memanggilku kembali...
terimalah mata ini biarpun...
wajahku tidak pernah ditatap olehmu...
yang selama  ini hidup bersamaku...

sayangku.....
harapanku agar kau bahagia...
dan doakanlah kesejahteraan buatku..
yang pergi buat selamanya.....

wahai kasih,ingtkan lagi kenangn lama itu ::aku mencintaimu kerana ALLAH


Apa artinya "KAYA HATI"?


Rasulullah salallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda,لَيْسَ الْغِنَى عَنْ كَثْرَةِ الْعَرَضِ ، وَلَكِنَّ الْغِنَى غِنَى النَّفْسِ“Kaya bukanlah diukur dengan banyaknya kemewahan dunia. Namun kaya (ghina’) adalah hati yang selalu merasa cukup.”(HR. Bukhari no. 6446 dan Muslim no. 1051)“Kaya hati adalah merasa cukup pada segala yang engkau butuh. Jika lebih dari itu dan terus engkau cari, maka itu berarti bukanlah                                                                ghina (kaya hati), namun malah fakir (miskinnya hati).” (Ibnu Hajar Al Asqolani)



Wednesday, October 19

SULTAN KAMI~we love Kelantan


subhanaALLAH~






(Buat Sultan Kelantan Muhammad Faris Petra) 

pada kerendahan dalam pakaian 
pada penampilan dalam keramaian 
perasaan tertawan kepada sang sultan 
pada bicara yang sederhana, 
pada gaya yang bersahaja, 
jiwa tertarik pada raja, 
moga nyata, dia payung rakyat jelata.. 

inilah nasihat raja dan rakyat… 

raja dimulia bukan kerna singgahsana 
raja disayang bukan kerna paluan gendang 
raja diangkat bukan kerna kalimat ‘daulat’ 
raja dicinta bukan kerna kuasa 
raja dihormat bukan kerna pangkat 

raja dimulia kerna takwanya, 
raja disayang kerna dia berjuang, 
raja diangkat kerna Tuhan memberkat 
raja dicinta kerna budi bahasanya, 
raja dihormat kerna kasihkan rakyat 

raja dibenci kerna buruk budi, 
raja dicerca kerna tamakkan harta, 
raja dimarah kerna dia bermewah 
raja dilupa kerna tinggalkan agama, 

apabila raja itu zuhud, 
namanya selalu disebut 
apabila raja takutkan Allah, 
sekelian rakyat jantung diserah 
apabila raja sangat sederhana, 
jiwa jelata penuh bangga, 
apabila raja kuat agama, 
dengan ikhlas rakyat berdoa.. 

tuanku raja yang masih muda, 
namun ada teladan untuk semua, 
dalam persarungan penuh kerendahan, 
dalam kehidupan penuh kerakyatan, 
sayang rakyat penuh melimpah 
kepada raja kasih tertumpah 


Semoga Malaysia dikurniakan lagi Raja seperti ini. DAULAT TUANKU
 -



~dari insan yg serba kekurangn~rusuleehamid~






Apabila kau ingin SESEORANG sebagai TEMAN,

Janganlah kerana KELEBIHANNYA..
Kerana mungkin dengan 1 KELEMAHAN..
Kau mungkin akan menjauhinya....

Andai kau ingin SESEORANG sebagai TEMAN,

Janganlah kerana KEBAIKANnya..
Kerana mungkin dengan 1 KEBURUKAN..
Kau akan menbencinya....

Andai kau inginkan SESEORANG sbg TEMAN..

Janganlah kerana ILMUnya..
Kerana apabila dia BUNTU...
Kau mungkin akan menFITNAHnya...

Andai kau inginkan SESEORANG sbg TEMAN...

Janganlah kerana sifat CERIAnya..
kelak andai dia tidak pandai menceriakan..
Kau mungkin akan menyalahkannya...

Andai kau inginkan SESEORANG sbg teman,

Terimalah dia SEADANYA,
Ikhlaskan dalam perhubungan...
Sinarinya dengan takwa & Iman...
Saling hormat-menghormati..
Jujur..amanah..& segalanya..

Krn dia seorang TEMAN ,
Yang hanya manusia biasa....
Ada Kelemahan...
Ada Kekurangan..
Ada Keburukan..

Jadilah, saling lengkap-melengkapi..
kerana TIADA SIAPA YANG SEMPURNA...

JIKA TIDAK, TINGGALKANLAH DIA..
KERNA..

"DIA SEMESTINYA TIDAK PERNAH KESEORANGAN..."
"ISLAM is the WAY of LIFE..."

P/S:

Salam Perjuangan pada kalian sumenya...
semoga perjalanan kita sume diredhai & dirahmati Allah..
syukran atas nasihat & keikhlasan dlm ukhwah yg terjalin selama ini..^^,

TIKA SAAT PALING BAHAGIA~








Seorang isteri bertanya kepada suaminya, "Apakah saat paling bahagia didalam hidup abang? "

Suaminya memandang muka isteri dan berkata, "Saat itu belum terjadi lagi.."

Si isteri terdiam sejenak.

Kemudian dia bertanya lagi, "Dan bila saat itu akan terjadi?"

Suaminya berkata : "Saat itu adalah hari di mana awak membuka pintu dan berkata kepada saya, "Abang, Assalamu Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh" di dalam rumah kita di Syurga.."


Firman Allah SWT :

"Wahai orang-orang yang beriman, jagalah diri kalian dan keluarga kalian dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan." (At-Tahrim: 6)

"Ya Allah, jadikan hamba-Mu ini mencintai orang yang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku." (Riwayat Muslim no. 2491)

"Semoga Allah merahmati seorang lelaki yang bangun di waktu malam lalu mengerjakan solat dan dia mengejutkan isterinya lalu si isteri mengerjakan solat. Bila isterinya enggan untuk bangun, ia percikkan air di wajah isterinya. Semoga Allah merahmati seorang wanita yang bangun di waktu malam lalu mengerjakan solat dan dia mengejutkan suami lalu si suami mengerjakan solat. Bila suaminya enggan untuk bangun, dia percikkan air di wajah suaminya." (Sanad hadis ini shahih kata Asy-Syaikh Ahmad Syakir dalam tahqiqnya terhadap Al-Musnad)

>sumber artikel iLUVislam<

Tuesday, October 18

secebis rasa itu


Jangan lagi kau teteskan air matamu…
Hanya untuk luka di masa lalu ,
Aku di sini untukmu
Membalut luka memadamkan bara
Semua yang pernah terjadi..
Anggaplah angin yang telah berlalu ,
Seiring musim yang terus berganti ,
Jangan kau bersedih ,
Aku akan selalu menemanimu ,
Seperti apapun dirimu …
Takkan ku biarkan , letih menghampirimu
Dan keresahan membuatmu terpuruk
Yakinlah pada cinta yang kita genggam
Akan mampu membuka sang mentari
Agar terus bersinar ,
Menghangatkan , dan menghadirkan kebahagiaan
Jangan lagi kau resahkan , semua yang pernah terjadi
Biarkan berlalu , terhempas oleh keyakinan
Bahwa hidup akan terus berganti ,
Takkan selamanya kesedihan bersemayam
Pasti akan berganti..
Bila kita berusaha , tuk merubahnya..
Yakinlah…Aku ada untukmu .

Monday, October 10

suara rindu dari hati


Suatu yang indah
Ceritanya bermula semalam
Andainya dapat ku rasa selamanya
Tetapi ku takut tidak mungkin dapat kumiliki
Walaupun kau hadir hanya dalam mimpi
Ku teruskan hidup
Hari demi hari pun berlalu
Seksa dan derita ku tanggung sendiri
Apa yang tinggal hanyalah
doaku padamu Tuhan
Pasrahku hanya kamu yang menentukan
Pun tak pernah ku sesalkan
Kecewa datang dan pergi
Tinggalku sendiri
Ditakdirkan aku syukur selalu
Sesungguhnya aku tahu
Temanku hanyalah aku
Semoga suatu hari nanti
Dapat ku temui
Penawar dukaku yang berdarah duka
Pabila bertemu pasti aku suarakan rindu
Laguku untukmu buat selamanya

aku sedih dan aku tulis ==''

PETUA UNTUK HATI..
Istimewa untuk hati yang sedang bersedih, jiwa yang sedang berduka, minda yang sedang berkecamuk, inilah petua terbaik buat mengubat resah dan gundah:

1.Amalkan tasbih, tahmid dan takbir – Inilah petua yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepada anaknya Siti Fatimah.

2.Berdoa – Mohonlah kepadaNya. Ingatlah, doa itu senjata bagi orang mukmin.

3.Sibukan diri dengan sesuatu – Lakukan aktiviti yang boleh melupakan segala kekusutan seperti perbanyakan membaca al-Quran & pelbagai bahan bacaan, terlibat dengan aktiviti usrah, kemasyarakatan dan sebagainya

4.Luahkan perasaan anda – Bermacam cara boleh digunakan untuk meluahkan perasaan. Carilah seseorang yang paling anda percaya (sebaiknya yang ada pertalian darah atau orang yang arif dalam agama), menulis diari atau catatan harian, menulis blog dan sebagainya.

5.Senyum – Apabila berada dalam tekanan, cubalah untuk senyum. Senyumlah dihadapan cermin dan lihatlah diri anda yang sedang tersenyum. Ia mampu menenangkan fikiran dan hati

Semoga bermanfaat..InsyaALLAH.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

kamu orng yang ke berape entah