Sunday, May 15

ciri lelaki pilihan perempuan, ciri perempuan pilihan lelaki

assalamualaikumm ,

jika kita sebutkan akan kahwin, tentunya dalam fikiran kita akan terbayangkan akan perempuan yang cantik, yang solehah, yang menjaga agama, yang menjaga akhlak diri, yang tidak keluar malam, yang tidak suka berfoya-foya, yang pandai memasak, yang pandai mengemas rumah, yang segala macam yang. Semuanya serba ingin sempurna bagi lelaki yang tidak sabar untuk melangkah ke arah alam perkahwinan.


lain pula pada si perempuan, yang juga inginkan suami yang tampan, yang bergaya, yang hot, yang mempunyai suara yang sedap bila berimamkan apabila solat, yang menjaga solat, yang membimbing keluarga ke arah yang sempurna, yang sentiasa memberi kasih sayang yang cukup, yang sentiasa memberi perhatian, yang memahami isi hati, yang sentiasa merindui diri ini apabila keseorang dan yang segala bagai yang lagi.


Bagi si lelaki, renungkanlah, pernikahan atau perkahwinan ini sebenarnya banyak memberi pengajaran kepada kita.





Isteri yang kamu kahwin kan itu tidaklah semulia Khadijah,
tidaklah pula setaqwa Aisyah
Pun jua tidak setabah Fatimah.
Isterimu hanyalah wanita akhir zaman, yang punyai cita-cita menjadi solehah. Yang ingin perbaiki diri untuk yang lebih baik, untuk suami yang tercinta, segala yang dilakukan pastikan hanya satu tujuan, iaitu kerana Allah.


Melalui pernikahan inilah, kita belajar tentang kewajipan bersama,
Andai kata isteri itu adalah sebidang tanah, kita si lelaki sebagai langit yang menaungnya.
andai kata isteri itu adalah ladang tanaman, kita si lelaki sebagai pemagar yang menjaga mereka.
Andai kata isteri itu adalah kiasan ternakan, kita si lelaki sebagai gembalanya.
Andai kata isteri itu adalah seorang murid, kita si lelaki sebagai guru yang membimbing mereka.
Andai kata isteri itu adalah seorang anak kecil, kita si lelaki sebagai tempat mereka bermanja.


Keimanan mengajar kita perlunya iman dan taqwa ini. Setiap perkara yang berlaku, suami isteri perlu bersama, perlu sentiasa menyelesaikan bersama dan dari situlah, kita belajar bahawa pernikahan ini mengajar kita meniti tangga kesabaran dan redha pada Allah SWT.


Dan pada kamu si isteri, jika dari sudut saudari semua pula,
lelaki yang kamu terima sebagai suami bukanlah Rasulullah SAW,
pun bukanlah Sayyidina Ali,
mereka cuma suami akhri zaman, yang berusaha menjadi soleh.Renungkanlah,
suami itu tidaklah semulia Muhammad Saw,
tidaklah jugak setaqwa Ibrahim,
pun tidak setabah Ayyub,
mahupun segagah Musa,
apatah lagi setampan Yusuf,
Suamimu hanyalah lelaki akhir zaman,
yang mempunyai cita-cita untuk membangun keturunan yang soleh.


Melalui perkahwinan inilah, mengajar kita untuk bersama
suami menjadi pelindung, kamu penghuninya
suami adalah nakhoda kapal, kamu pengemudinya
suami bagaikan pelakon yang nakal, kamu adalah penonton yang terhibur akan kenakalanya


Saat suami menjadi raja, kamu nikmati kehidupan bersama,
seketika suami menjadi bisa, kamulah penawar ubatnya
jika suami bengis serta marah, kamulah bertanggungjawab menyabarkannya
pernikahan ini mengajar kita perlunya iman dan taqwa,
untuk belajar memahami apa itu sabar dan redha kepada Allah swt.


dan menyedari bahawa suami tidak segagah mana, dan kamu wanita bukanlah Khadijah yang begitu sempurna dalam menjaga,
kita semua hanyalah manusia akhir zaman yang berusaha menjadi orang yang soleh dan solehah. amin


Jadi, para suami isteri, jangan terlalu memilih ciri-ciri yang menyedapkan hati namun kehidupan penuh sengsara.
Jangan terlalu memilih hanya mampu mengukir senyuman buat sementara, namun penuh kesedihan ketika waktu yang selamanya.


Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah,
andai diri tidak semulia Rasulullah SAW
Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis,
andai diri tidak sehebat Sulaiman
Mengapa mengharapkan suami setampan Yusuf,
seandainya kasih tak setulus Zulaikha
Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim,
andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah
BARAKALLAH..
kredit to ABG WAN AHMAD NABIL-exsmkkds10

 

 

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

kamu orng yang ke berape entah