Friday, November 25

one day i want to be like u :)


A. Samad Said

Kerajinannya menghasilkan karya dan ketekunannya membaca karya-karya orang lain menjadi titik penentu A. Samad Said ditabalkan sebagai Sasterawan Negara yang versatil di ujana kesusasteraan tanah air. Dalam karya A. Samad Said, khalayak akan melihat ketelitian dan kecermatannya sebagai pengarang pengarang yang menuangkan nurani seninya. A. Samad Said berpendapat bahawa untuk melahirkan karya, karyawan tidak hanya bergantung pada bahan dan bakat serta kekuatan fikiran sahaja tetapi yang penting ialah pembacaan dan pengalaman yang luas.

 Abdul Samad bin Muhammad Said atau nama penanya A. Samad Said, Hilmy Isa, Isa Dahmuri, Jamil Kelana, Manja, Mesra, dan Shamsir dilahirkan pada 9 April 1935 di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka. Semasa berumur enam bulan, A. Samad Said dibawa oleh keluarganya ke Singapura. A. Samad Said memperoleh pendidikan formal di Sekolah Melayu Kota Raja hingga lulus darjah IV (1940-1946).  Kemudian A. Samad meneruskan pengajiannya dalam kelas petang di Victoria Institution hingga memperolehi sijil Senior Cambridge (1956).

  Pengalaman kerjaya A. Samad Said bermula sebagai kerani, pengarang di Utusan Melayu, Berita Harian, Kumpulan The Straits Times, dan ketua pengarang akhbar Warta Teberau. Jawatan terakhir A. Samad Said ialah sebagai ketua pengembangan sastera dalam Kumpulan Akhbar The New Straits Times, Kuala Lumpur. Kini A. Samad Said menjadi penulis sepenuh masa yang aktif berkarya.

 Sejak di bangku sekolah lagi minatnya terhadap sastera mula berputik apabila beliau berjinak membaca karya sastera dalam dan luar negera geperti karya Ajip Rosidi, Rendra, Pramoedya, Achdiat, Hamzah dan Wijaya Mala. Beliau juga membaca novel seperti Oliver Twist, Wuthering Height, dan Almayer's Folly. Beliau juga menggunting dan menyimpan cerpen daripada akhbar tempatan dan mengkajinya sebelum menghasilkan cerpennya sendiri. Kegiatan  menterjemah beberapa karya asing juga secaran tidak langsung memperkuatkan minatnya terhadap kesuasteraan

 Bermula detik alam persekolahan hingga kini A. Samad Said tida jemu menghasilkan puluhan karya dalam genre novel, puisi, drama, cerpen, dan esei untuk mewarnakan dunia sastera di persada tanah air dan antarabangsa. Antara karya besar yang dihasilkan ialah Salina, Bulan Tak Bermadu di Fatehpur Sikri, Sungai Mengalir Lesu, Di Hadapan Pulau, Langit Petang, Daerah Zeni, Hujan Pagi,  Lantai T Pinkie, Wira Bukit, Benih Harapan, Benih Semalu, Daun Semalu Pucuk Paku dan Warkah Eropah,  AL-AMIN , Riwayat Hidup Rasululiah s.a.w dalam Puisi (1999) dan kumpulah puisi Suara Dari Dinding Dewan (2003) terbitan Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd. Sentuhan karyanya yang terbaharu ialah novel Adik Datang, kumpulan puisi Dirgahayu Dr Mahathir dan kumpulan puisi kanak-kanak Rindu Ibu yang diterbitkan oleh Wira Bukit Sdn Bhd.Beberapa karyanya diadaptasi menjadi teater/drama pentas seperti Salina, Sungai Mengalir Lesu, Lantai T. Pinkie, dan Memori Di Hadapan Pulau

 Pencapaian dan sumbangan A. Samad Said dalam memperkayakan dan memertabatkan kesusasteraan Melayu telah mendapat penghargaan kerajaan apabila beliau menerima pelbagai anugerah. Antaranya termasuklah Pejuang Sastera (1976), SEA Write Award (1979), Anugerah Sasterawan Negara (1985), dan Anugerah Sasterawan Nusantara (1999).

Selain pengiktirafan dalam bidang sastera, A.Samad Said juga telah dianugerahkan darjah kebesaran Negeri Melaka yang membawa gelaran Datuk dalam tahun 1997 oleh Yang Dipertua Negeri Melaka. 
(Dewan Sastera Ogos 2003)

Hasil karya:

A Samad Said (Antologi Puisi)
Adik Datang
Bulan Tak Bermadu Di Fatehpur Sikri
Dirgahayu Dr. Mahathir
Dosa Pejuang
Lantai T. Pinkie
Rindu Ibu
Suara Dari Dinding Dewan

Thursday, November 24

perkongsian ilmu pada semua :)LILLAHITA'ALA


Siapalah si tudung labuh yang merasa dirinya mulia? Walau bertudung labuh jangan kau anggap dirimu hebat, maksum atau mulia. Jangan kau riak dan ujub. Jangan kau fikir org lain tidak setaraf. Jangan kau rasa dirimu sudah mendapat tiket ke syurga. Lupakah? Bahawa ibadat dan amalan yang kau kumpul tak bererti apa-apa jika niatmu bukan kerana Allah. Niatmu untuk menunjuk-nunjuk, maka kau akan malu tertunduk di depan Allah kelak. Sia-sia sahaja! DAN siapalah kau si perempuan pendedah aurat yang merasa dirimu akan selamat? Yang mahu bergantung harap pada syafaat Nabi. Yang merasa diri cukup baik walaupun aurat terdedah. Yang berangan-angan akan syurga tetapi enggan patuh. Jangan kau fikir Allah mahu memandang sifat baikmu jika arahan dan hakNya kau ketepikan, usah kau mimpi dan angkuh! Siapakah kau si tudung labuh dan si pendedah aurat? Jangan mudah-mudah kau fikir kau akan selamat selagi kau tidak menganggap dunia ini penjara buatmu.


bawalah harta dunia ke tempat yang sebaik-baiknya dan janganlah menyalahgunakan nikmat yang telah diberikan :




kereta seorang nazir masjid dan juga ceo proton.. :) jika ada kereta mahal2 dan bawa ke rumah Allah adalah satu perkara yang lebih baik dari dibawa ke tempat maksiat.. yang penting kita jangan sombong atas muka bumi Allah



jalan di hadapan belum tentu mudah bukan...


KEINDAHAN ALAM OLEH YANG MAHA PENCIPTA:)

ASSALAMUALAIKUMM..... 
sedikit paparan untuk kalian dari ana~ :)

semua paparan yang ada... adalah dari kawasan bumi GARUDA,
INDONESIA, :)
*jiran kita bukan, marilah kita sama2 saudara seislam berganding bahu untuk bersatu :)
ALLAHUAKBAR :D


Alam semulajadi sememangnya cantik,indah dan menarik secara semulajadi. Tetapi kini manusia sendiri yang menghancurkan alam semulajadi demi pembangunan. Hutan hijau yang cantik di gantikan dengan hutan konkrit.
semememang negara maju perlukan pembangunan, tetapi jangan lah kita lupa kepada alam semulajadi..
...kan kan kan.... wallahulam



Dalam Al Quran, Allah mengajak kaum berakal untuk memikirkan hal-hal yang biasa diabaikan orang lain, atau yang biasa dikatakan sebagai hasil "evolusi", "kebetulan", atau "keajaiban alam" belaka.

Sesungguhnya, dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan penciptaan langit dan bumi (seraya berkata),

"Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Mahasuci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka." (QS. Ali 'Imran:191)

Sebagaimana kita lihat dalam ayat-ayat ini, kaum berakal melihat tanda kebesaran Allah dan berusaha memahami ilmu, kekuasaan, dan kreasi seni-Nya yang tak terhingga ini dengan mengingat dan merenungkan hal-hal tersebut, sebab ilmu Allah tak terbatas dan ciptaan-Nya sempurna tanpa cacat.

Bagi orang yang berakal, segala sesuatu di sekeliling mereka adalah tanda penciptaan.

"Sesungguhnya, Allah tiada segan membuat perumpamaan berupa nyamuk atau yang lebih rendah dari itu. Adapun orang-orang yang beriman, mereka yakin bahwa perumpamaan itu benar dari Tuhan mereka, tetapi mereka yang kafir mengatakan, "Apakah maksud Allah menjadikan ini untuk perumpamaan?" Dengan perumpamaan itu banyak orang yang disesatkan Allah, dan dengan perumpamaan itu (pula) banyak orang yang diberi-Nya petunjuk. Dan tidak ada yang disesatkan Allah kecuali orang-orang yang fasik." (QS. Al Baqarah: 26)






MOOooh le kita tengok alam semulajadi yang menarik dan cantik ni hah...
ana hanya mampu share pada kalian..
Kredit pada OHTIDAKDOTKOM~ sebab ade gambar dari situ~ :) makasih dong...











Wednesday, November 23

FUJIFILM INSTAX MINI 7S


assalamualaikumm :)
nak share pasal cmra mini :) muwaahhahah comel comel bangt
READYYY?>???


Fujifilm Instax Mini 7s Camera
Pernah tengok kan mini camera camni? Aku memang daripada dulu lagi kot dok usha-usha mini camera ni, rasa macam comel gileeeezzz bila back to the zaman-zaman dahulu kala pakai "kodak". Whut? Kodak? Nama pon pelik. Sebab tiba-tiba aku teringat pasal katak KODOK... ahahhah nak same same dah name die tuh.. heeeeeeeiiiiiuuuuu, . huhu. Pape je lah. Selalu jugak aku tengok dekat online blogshop, harga mini camera ni. Mahal jugak, range dalam harga RM 250-RM 450. Ikutkan hati dah lama nak beli, tapi bila fikir-fikir balik, harga macam tu, lebih berbaloi aku beli camera biasa tu. Tapi, camera ni comel. haha. Ala-ala Korean Style sikit.Boleh bawak pegi mana-mana and terus siap cuci dekat situ and time tu jugak :'D 








 Yang mana fanatic-fanatic kaler PINK tu, yang ni memang pilihan special untuk anda =)
Tapi, aku rasa, kalau aku lah, walopon aku memang fanatic pink, aku nak beli yang colour off white tu. Lagi nampak comel. hoho





1 FUJIFILM INSTAX MINI 7S include 1 pack film = RM 290

RM 300 
1 fujifilm instax mini 7s camera ( include 2 packs film)
 1 camera strap
4AA baterries
2 box fujifilm instax mini film
warranty 1 year





  3 colours yang berbeza. Ada biru,pink, off white. Boleh tengok kan, jenis camera ni berbeza-beza. Yang depan ni jenis tebal sikit, yang dua camera dekat bahagian belakang tu jenis yang nipis :)



Hello Kitty Lover! 
yeahh.! Siapa peminat Hello Kitty dekat sini? Jenis hello kitty ni pon ada jual sekali....

INI USTAZ AZHAR IDRUS KAMI :)

USTAZ AZHAR IDRUS  ;)



sedikit kata2 dari ustaz :)

""RENUNGLAH DENGAN MATA HATI..PASTI TERBUKA KUNCI…""
SAHABAT yang TERPUJI ialah AL-QUR’AN.. PENASIHAT yang TERPUJI ialah AS-SUNNAH.. HARTA yang TERPUJI ialah KEIMANAN..SELAWAT..



sedikit biodata ustaz .

.Bersekolah di Sekolah Inggeris Sultan Sulaiman Kuala Terengganu hingga Tingkatan 6.
.Pernah menjadi seorang guru muzik pada tahun 1985
.Mulai belajar agama sekitar tahun 1990.
.Belajar secara talaqqi lebih kurang dengan lapan orang guru dalam tempoh 12 tahun.
.Antara guru beliau ialah Tuan Guru Haji Muhammad Zin Pondok Lubuk Pandan Wakaf Tapai.


Birthday
February 12
Gender
Male
Personal Information
Ngajar Kitab at Allah Taala
Studied at Masjid
Married to Rogayah sulong & Nisya Wan
From Kuala Terengganu
Born on 12 February
Website

keredit::::::::info dari semua link link yang ada tentang ustaz ;) syukranjazilan...

saya hanya mampu share  bersama waallahualam... 
INI USTAZ KAMI :)

Monday, November 21

INI TOK GURU KAMI :)

we love TOK GURU :D

Location
Hometown
Kota Jembal, Pulau Melaka
Birthday
January 10, 1931
Country
Malaysia
Currently Running For
OfficePejabat Menteri Besar
StateKelantan
DistrictKota Bharu
Current Office
OfficeBadan Perhubungan PAS Negeri Kelantan
StateKelantan
DistrictKota Bharu
About
Facebook Rasmi Mursyidul Am Parti Islam SeMalaysia (PAS)
Biography
Facebook Rasmi Mursyidul Am Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan Menteri Besar Kerajaan Negeri Kelantan Darul Naim

Google Plus : https://plus.google.com/113412859047991836259/posts?hl=en
Twitter: http://twitter.com/nikabdulaziz
Blog: http://blogtokguru.com/ 
Religious Views
Islam
Gender
Male
Email
tgna@pas.org.my

Screen Name
Pejabat Menteri Besar
Website




UNDI DAN BOLA :) MENCARI KEADILAN UNTUK MERAIH REDHA ;)




"Tuan-tuan pemain bolasepak, saya pemain politik.. walaupun berbeza bidang, tapi asas peraturan tetap sama iaitu nak menang tidak boleh dengan jalan tipu. Dalam bolasepak, nak jaringkan gol tidak boleh guna tangan, tidak boleh offside... dalam politik pun begitu, nak menang pilihanraya tidak boleh tipu undi, tidak boleh rasuah... jika menang juga dengan cara tipu, atas dunia boleh menang, tapi akhirat tetap disoal oleh Allah SWT..." - YAB Tuan Guru Menteri Besar Kelantan sewaktu majlis penyampaian saguhati kepada pemain-pemain bolasepak Kelantan di Dewan Teratai, Kota Darulnaim pad 3 November 2011

-ana hanya mampu share-




EMAS DINAR :)

Our dream finally come true where we managed to use Dinar & Dirham as currency. 
It already begin from MALAY WORLD starting from the state of:
- Kelantan (Red Flag)
- Terengganu (Black Flag)
- Pahang (Black Flag)
- Johor (Black Flag)
- Selangor (Yellow Flag)
- Perak (Yellow Flag)
- Negeri Sembilan (Yellow Flag)
- Kedah (Yellow Flag)
- Perlis (Yellow Flag)
- Acheh (Yellow Flag)
- Sulu (Yellow Flag)
- Jawa (Yellow Flag)

Tuesday, November 15


Cinta bukan milik kita. Setiap perpisahan tidak sia-sia.

Tak perlu bersedih lama. Cinta itu milik Allah. Hari ini Dia tarik rasa cinta dari hati pasangan kamu sehingga tawar hatinya. Sebab, mungkin esok atau lusa Dia campakkan rasa cinta yang lebih segar dalam hati si dia yang setepatnya untuk kamu. Semalam kamu berjalan dengan tidak cermat dan tidak berhati-hati. Hari ini dan esok, bak kata Saiyidina Umar: "..waspadalah jangan terpijak atau memijak onak dan duri.." Jangan kau kutip lagi serpihan kaca. Sabarlah hingga kau temukan permata.

Pelajari konsep tawaqqi utk mengekalkan hubungan cinta.


Fahami konsep Tawaqqi.


Apa itu tawaqqi? Menurut Ibnu Kathir tawaqqi adalah kata asal untuk taqwa. Bermaksud, "menjaga diri daripada perkara yang tak diingini." Menurut Muhammad bin Allan, "taqwa ialah mematuhi perintah-perintah Allah dan menghindari larangan-laranganNya dengan mengerjakan setiap yang diperintah, tinggalkan yang dilarang, mengikut kemampuan." Manakala Saiyidina Umar mengkiaskan hakikat taqwa sebagai "berjalan dengan waspada dan bersungguh-sungguh supaya tidak memijak ataupun terpijak onak dan duri."
kredit to abg RUSYDEE :)

Saturday, November 12


Pantun Buat Orang Malas Solat

Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang-bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam siang…

Apasal la aku malas sembahyang,
Kerja dah best keluarga pun dah senang,
negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
takkan 10 minit , Setiap satu waktu aku tak boleh luang...

Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang,
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang
Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang…

Apasal la aku malas sembahyang,
Main bola aku sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang
Apa la aku ingat masuk syurga bo leh hutang…?

Apasal la aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur kita bukannya panjang
Pagi kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang-sorang….

Apasal la aku malas sembahyang
siksa neraka cuba la aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh halang.

khas untuk diri ini yg selalu leka mengejar duniawi~

Tuesday, November 8


Jauhkan Rindu


Bila rindu kembali menjengah,

Menyusup datang melalui sekeping gambar,

Begitu terasa bibirku bergetar,

Begitu terasa kakiku makin longlai.

Ku lihat pada jari-jemariku,

Menggigil dalam bahang tengah hari,

Ku sentuh pada bibirku,

kering mengelupas,

Ku letakkan tangan pada dadaku,

Degupannya menjadi deras.

Ku lihat wajahku dalam refleksi,

Warnanya pucat membiru,

Tiada kilauan dalam mata,

Tiada cahaya pada wajah.

Hanya kelesuan jelas kelihatan.

Yang lain menggelar rasa ini ‘cinta’,

Lalu mereka hairan aku menolak ‘cinta’,

Tapi aku pasti ianya adalah ‘petaka’ ,

kerana rindu ini rindu yang memusnahkan,

Rindu ini rindu yang mencemarkan,

Kerana rindu ini rindu yang tidak halal untukku,

Kerana rindu ini boleh mengundang dosa.

Dahulu,

Jika rindu yang sama bertandang,

Akulah insan paling bahagia.

Kini,

Jika  rindu yang sama bertamu,

Akulah insan paling sengsara.

Aku tak mahukan rasa ini,

Aku tak mahukan rindu ini.

Rindu ini yang dahulu telah melalaikanku dari mengingati-Mu,

Rindu ini yang dahulu menghalangku dari kemanisan beribadat kepada-Mu,

Rindu ini yang dahulu membutakan mataku  dari melihat jalan-Mu,

Rindu ini yang dahulu membinasakan cinta suci hamba-Mu.

Rabbi,

Jangan kau benarkan rindu ini menggigitku,

kerna aku takut dihinggapi virus cinta buta.

Rabbi,

Jangan kau biarkan rindu ini menghantuiku,

kerna aku takut pada bayangannya,

Kerna ku tahu jatuh cinta itu,

Hanya bisa pada Tuhan,

Kerna ku tahu nafsu ini,

Sering membawa ke arah kejahatan,

Yang datang dari godaan syaitan.

Rabbi,

Ku mohon,

Jauhkanlah aku dari ‘petaka’ rindu ini,

Hadirkanlah aku pada cinta-Mu,

Cinta yang kekal dan abadi..

coretan dari ILUVISLAM~ :D

Thursday, November 3



ASSALAMUALAIKUM!!

Aku mula rasa tak sedap hati pasal sesuatu...patutkah aku teruskannya??atau patutkah aku menghentikan segalanya??tapi aku berat untuk meneruskannya....berat lagi untuk menghentikannya...macam ni??bila aku terbaca atau ternampak...hati aku jadi berdegup laju...mata mula rasa panas...kepala jangan cerita la..makin berdenyut...kenapa ya??aku cuba sedaya upaya untuk membataskan segalanya...

Yang itu..aku tak tahu apa masalahnya..macam tak suka ja..tapi dengan ini..suka pula..siap..erk...macammacam laa..jauhkan aku dari buruk prasangka YA ALLAH..

Tapi yang aku pelik tu...kenapa ia tetap hadir??aku tak nak tu semua...aku mintak jauhkan lagi..cukup..cukup...aku dah penat dengan semua perkara yang remeh macam ni..tapi sebab benda remeh ni lah aku jadi tak tentu hala dibuatnya...RUSULEELUQMAN!!cuba buat relax ja...cool...chill....jangan menggelebah sood!!bertindak matang dalam segala hal...

Aku tak patut biarkan emosi aku menguasai minda yang serba terbatas ini...aku harap tiada apa yang akan terjadi...tiada siapa yang akan berasa hati...tiada yang akan rasa rugi...harapharaplah...aku cuma berharap je laa....yang pasti..aku kena bersiap sedia dari sekarang...kena pasrah dan redha dengan ketentuanNYA...INSYAALLAH..mudahmudahan...



SCAN VIRUS BLOG ANDA DISINI :d




Jangan ingat komputer je ada virus, blog pun ada virus jugak sebenarnya. Virus pada blog sangat berbahaya kerana jika serangan virus yang kuat boleh menyebabkan sesebuah blog itu tak boleh buka. Sebagai langkah keselamatan bolehlah scan virus terlebih dahulu untuk mengetahui tahap kesihatan blog anda.



Kalau nak scan virus pada blog senang je cuma KLIK SINI.
Dah klik? Sila masukkan alamat blog anda dan terus scan. Sulee baru je scan blog ni dan hasilnya seperti gambar kat bawah ni. Alhamdulillah blog Sulee ni selamat lagi dari virus berbahaya.


Tuesday, November 1

;D i like this lyric~ YUNA-DAN SEBENARNYA~


Ohh bulan...
Enggan melayan diriku lagi...
Pabila... airmata membasahi pipi
Dan lagu-lagu di radio
Seolah-olah memerli aku
Pabila...
Kau bersama yang lain

Adakah perasaan benci ini sebenar-nya cinta...
Yang masih... bersemadi untukmu...
Dan sebenarnya ku mengharapkan di sebalik senyumanmu itu
Kau juga... merindui aku...

Ku enggan berpura-pura ku bahagia
Ku enggan melihat kau bersama si dia
Ohh ku akui cemburu mula menular dalam diri
Pabila... kau bersama yang lain

Pabila kau merenung matanya
Ku rebah jatuh ke bumi...
Di saat kau benar-benar mahu pergi
Seperti ku bernafas dalam air

Adakah perasaan benci ini sebenarnya cinta
Yang masih bersemadi untukmu
Dan sebenarnya ku mengharapkan di sebalik senyumanmu itu
Kau juga... merindui aku
Ohh ohh oh...

Dan sebenarnya, dan sebenarnya,
Aku rindu...
Dan sebenarnya, dan sebenarnya,
Aku tak mampu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

kamu orng yang ke berape entah