at the first time
Cuaca kian mendung menggambarkan diri ini yang dilanda kesepian
Sungguhku tidak menyangka dikau berkata sedemikian rupa terhadap diri ini
Tidakkah engkau sedar bahawa aku juga punya perasaan?
Tidakkah engkau sedar bahawa selama ini aku banyak bersabar?
Andai kata kalau kau tahu bagaimana perasaanku pada ketika itu menimpa naluri ini
Andai kata jika kau menggantikan tempat ku sejenak
Aku pasti,kau juga akan mempunyai perasaan naluri yang sama seperti apa yang ku rasa tika itu....
Disaat aku sedang bersedih meronta
Datanglah perwira-perwiraku membawa cahaya kegembiraan
untuk menerangi kegelapan yang menyelubungi diriku beronak duri..
Siapakah perwira-perwira itu?
Merekalah yang dinamakan sebagai TEMAN SEJATI!
terima kasih teman!
Kau umpama bulan yang menerangi waktu malam,menemani bebintang kesayuan...
Tanpa bulan,maka gelaplah permandangan pada malam hari =)
::bye Nabilah madu <3
No comments:
Post a Comment