Sunday, July 22

THE QURAN BREAKS HARD HEARTS AND HEALS BROKEN HEARTS ;

THE QURAN BREAKS HARD HEARTS AND HEALS BROKEN HEARTS ;

AL QURAN PANDUAN KAMI :)
SEJARAH TERSEMBUNYI DAN TERSURAT DI DALAM ALQURAN
EKONOMI TERBINA DAN TERHASILNYA JUGA DI DALAM ALQURAN
USULUDDIN SUMBERNYA 100% JUGA ADALAH DARI DALAM ALQURAN 


Puisi untuk Sahabat Seperjuangan ~ :D

Salam Ramadhan..



Kudedikasi Puisi ini khas buat sahabat.

Di saat melorong jalan,
Merintis laluan,
Menebang halangan,
Melakar harapan,
Membina landasan,
Generasi kemudian.

Layakkah jiwa,
Menjerit perit.
Merintih jerih,
Melirih letih,
Meluah lelah?

Sedang kaki baru melangkah,
Sedang usaha baru dikerah,
Sedang keringat baru diperah,
Bagaimana ingin menduga lautan yang dalam.

Simpan saja jeritan peritmu itu,
Telan saja jerih usahamu,
Tanggung aja keletihan itu,
Biarkan jiwa berhempas lelah,
Sebagai saksi menuntut istirehah,
Di akhir perjalanan menuju rabbah..
Perit itu hanya perasa,
Jerih pula penambah rencah,
Letih hanya penguat tekad,
Sedang lelah ubat mujarab,
Dalam diari hidup pejuang.

Sungguh kita baru di muara,
Belum pernah mencecah medan..


-di kongsikan bersama dari sebuah buku-



 Student Ibnu Khaldun & Ibnu Hisham (12)


FUTSAL TEAM MSSD SMKAMH (PUTERA)



 
 FUTSAL TEAM MSSD SMKAMH (PUTERI)




(GO SMKA MH!)
*maaf ade aurat ,gambar ni je yg sempat ambil oleh JuruGambar kami .

VOLLEYBALL TEAM ^^ FUTSAL TEAM  



FROM SMK SAAS KAJANG



Student Pre- U smkamh


PFFTPf ... hahhahhaaa


;
KETUE IBNU HISYAM         bergabung bertumbuk dan berbaik  :D             KETUE IBNU KHALDUN 


hahha :D dddush dush ^_^



       ARCHITECTS (2)                                                               SYIDA , AQILA , SYIKIN , HAJAR

 ARCHITECTS (1)  Pre - U 


GO MURAL 

( DESIGNER SMKA MH )



 

IMRAN :D WE ALL MISS U :D HAHAHAHHAHA


 PN MARINA ,PENSYARAH PENGAJIAN AM KAMI



MALAM RINDU ILLAHI <3
MIRWANA G 2 , 3 




 (PRESIDENT  KAMI YANG PEGANG BUAH LEMON TU)
SNAP SNIP SNOOOOOOOOOOOOOOP.. :D HAHAHHAHA






( EZZUDDIN , AJIJUL )                                                             (ARCHITECTS 1 a.k.a jijal )


we are happiness




 mysteries Face !! >.<




hahhaha .. :D 
( ijat , rahman s , haris , ezzuddin, jijal )



UPPER + LOWER :D YEAH ,,, WE ARE PRE - U SMKA MH 


-ana hanya mampu share-

Saturday, July 7

Sehelai Nota Cinta ........


SEHELAI NOTA CINTA BUAT BAKAL TUNANGKU YG TIDAK-PASTI TP YG AKU YAKINI .

Kamu,..
Maafkan saya kerana terpaksa memendam rasa ini.
Kamu tahu,
Ianya bukanlah sesuatu yang mudah.
Tapi saya harus tegarkan hati untuk terus melalui semua ini dengan rasa tenang.

Kamu,...
kadang-kadang saya rasa tak kuat sangat untuk terus berpura-pura,
tetapi itu lebih baik.
Kamu tahu,
Ianya amat sukar untuk tersenyum seolah-olah saya redha dengan semuanya.
Tetapi saya harus terus melawan rasa yang ada dihati ini rasa itu lahir dalam hati.

Saya bukan yang sempurna.
Saya juga bukan yang menjadi pilihan utama...
Tapi kamu, saya akan sentiasa ada untuk memastikan kamu bahagia.
Biarpun kehadiran serta kewujudan saya tidak nampak di mata kamu.
Tapi saya senang andai kamu hari hari terus tersenyum.
Biarlah walau saya selalu curi curi pandang ketika kamu tersenyum ..
maafkan saya kerana curi curi pandang ..
YaAllah maafkan aku.

Kamu,
saya tak suka kalau kamu muram
serius, bila mana kamu muram mesti kamu jatuhkan muka kamu kebawah meja ...
masa tu saya risau sangat ..
Seandainya saya boleh tukarkan perasaan gembira saya pada kamu saya dah tukarkan .


Kamu,
Saya harap saya dapat menemui seseorang yang akan buatkan saya lupa tentang kamu.
Kerana kamu juga dah ada pilihan hati ..
Saya rasa tenang bila kamu boleh kembali tersenyum,
Biarpun yang menjadi punca senyuman kamu adalah seseorang yang lain.
Saya faham dan memahami kenapa kamu berdiam diri.
Kerana kehadiran dia lebih bermakna pada kamu.
Seperti kamu menyayangi dia, seperti saya menyayangi kamu.
Bezanya, dia juga menyayangi kamu.
Tapi saya, hanya saya, diri saya, dunia saya.
Yang menyayangi kamu.
Tidak di dunia kamu.

Saya sedih sangat kamu.
Tapi saya tak boleh turutkan hati saya untuk terus bersedih.
Saya kena faham.
Dan saya kena teruskan melangkah agar saya tak terus memikirkan bahawa di dunia ini, perempuan cuma hanya ada kamu seorang sahaja.
Saya kena bukakan mata saya ini untuk orang lain.
Paling penting saya perlukan untuk ruang dihati saya untuk seseorang yang lain jugak.
Saya kena belajar menghargai.

Kata teman saya,
Saya perlu lupakan orang itu sekiranya dia tidak tahu menghargai saya.
Saya tahu. Kamu bukan tidak menghargai saya.
Cuma kamu tiada apa-apa perasaan pada saya,
Sebab itu kamu tidak ambil kisah tentang kewujudan saya.

Kamu,
Maafkan saya sekiranya suatu hari nanti saya tidak mampu teruskan memendam rasa ini untuk kamu.
Saya tak nak terus berharap kerana saya bimbang saya akan terus kecewa.
Tapi sebelum saya jadi begitu.
Saya harap kamu akan mengetahui, betapa pentingnya kamu dalam hidup saya.
Cuma saya harap saya masih boleh untuk terus lihat  kamu dari jauh kerana dengan cara itu sahaja ia dapat mengubati rasa rindu ini.

Saya masih berharap yang kamu adalah untuk saya ..

Kamu. Kamu dan kamu.
Semoga kamu menemui kebahagiaan kamu.
Semoga sahaja saya juga terus tabah dan menemui kebahagiaan saya itu.
Saya pasti mendoakan kamu bahagia dunia akhirat. :)


J0DOH ,REZEKI , AJAL DAN MAUT SEMUANYA KUASA ILAHI :)
WAALLAHUALAM...........

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

kamu orng yang ke berape entah