Monday, May 26

kisah zaman penuntut seorang aku ~ Madrasah Addiniah Albakriah

WAJIB MENUNTUT ILMU AGAMA DAN KELEBIHANNYA

Firman Allah Taala, maksudnya: ".. bertanyalah kamu kepada orang-orang yang berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahuinya." (43, An-Nahl dan 7, Al-Anbia').
Hadis Kedua Puluh
20عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ. (ابن ماجه وغيره)
20 - Dari Anas bin Malik r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Menuntut ilmu adalah satu fardu yang wajib atas tiap-tiap seorang Islam."
(Ibnu Majah dan Lain-lainnya).
Hadis yang kedua puluh ini mewajibkan tiap-tiap orang Islam - lelaki danperempuan - mempelajari ilmu agama. 
Huraiannya:
Oleh kerana sesuatu pekerjaan dari yang sekecil-kecilnya hingga yang sebesar-besarnya tidak dapat dilakukan dengan 
teratur dan sempurna melainkan dengan ilmu pengetahuan yang berkenaan dengannya, maka nyatalah wajibnya seseorang mempelajari hukum dan peraturan Islam bagi apa sahaja perkara yang hendak dilakukannya sebagai wajib fardu ain. 


Hadis Kedua Puluh Satu
21عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرِو رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْعِلْمُ ثَلَاثَةٌ وَمَا سِوَى ذَلِكَ فَهُوَ فَضْلٌ آيَةٌ مُحْكَمَةٌ أَوْ سُنَّةٌ قَائِمَةٌ أَوْ فَرِيضَةٌ عَادِلَةٌ. (أبو داود وابن ماجه)
21 - Dari Abdullah bin 'Amr r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Ilmu yang menjadiasas (bagi ilmu-ilmu yang dikehendaki oleh agama) adalah tiga dan yang lain dari itu adalah ilmu yang lebih;  - ilmu-ilmu yang tiga itu ialah: Ayat Al-Qur'an yangterang nyata dan tidak dimansukhkan hukumnya; atau "Sunnah" (hadis) yangsah datangnya dari Rasulullah s.a.w., yang tetap kekal atau ketetapan dan keputusan yang betul sama seimbang (dengan kehendak kitab Allah dansunnah RasulNya)"
Abu Daud dan Ibnu Majah)
Hadis yang kedua puluh satu ini menerangkan:
1) Ilmu yang menjadi asas bagi ilmu-ilmu 
agama.
2) Ilmu-ilmu yang 
lebih (yang tidak dikehendaki oleh agama).
Huraiannya:
1) Ilmu-ilmu agama itu terbahagi dua:
Pertama - Ilmu-ilmu yang telah ditetapkan Tuhan menjadi Asas. 
Kedua - Ilmu-ilmu yang dikehendaki oleh asas itu.
Bahagian yang pertama - Ilmu-ilmu yang ditetapkan menjadi asas itu ialah:
(1) Ayat-ayat Al-Qur'an yang terang nyata dan tidak dimansukhkan hukumnya, yang menjadi asas untuk dirujukkan kepadanya ayat-ayat Al-Qur'an yang "Mutasyabihat" (yang tidak jelas maksudnya).
(2) "Sunnah" atau "Hadis" 
Rasulullah s.a.w. yang meliputi perkataannya, perbuatannya dan taqrirnya (ketiadaan larangannya), yang sah datangnya dari Baginda dan berkekalan diamalkan, kerana ialah yang menjadi keterangan dan ulasan bagi kitab Allah Al-Qur'an al-Karim.
(3) 
Ketetapan dan keputusan yang betul sama seimbang dengankehendak kitab Allah dan sunnah Rasul-Nya, yang ditetapkan atau diputuskan dengan jalan "ijma'" (kata sepakat alim ulama), atau dengan jalan "Qiyas" (bandingan sesuatu perkara yang belum ada hukumnya dengan perkara yang telah ada hukumnya).
Bahagian yang kedua - ilmu-limu yang dikehendaki oleh asas itu ialah:
Ilmu-ilmu yang ada hubungannya dengan kehendak-kehendak tata bahasa dan kesusasteraan Arab, juga yang ada hubungannya dengan pengertian maksud dan
pengambilan hukum-hukum syarak (Istinbat); ilmu perubatan untuk menjaga dan memelihara kesihatan dan seterusnya ilmu-ilmu kemasyarakatan, pembangunan,perniagaan,  perindustrian,  pertanian, perikanan, pelayaran, penerbangan dan sebagainya dari tiap-tiap ilmu pengetahuan yang dikehendaki adanya dan tak dapat ditinggalkan untuk menjalankan segala urusan pentadbiran dan pertahanan negara meliputi segala jenis ilmu pengetahuan sains dan teknologi yang diperlukan oleh keadaan dan masa,  asalkan tidak bertentangan dengan asas yang tiga itu.
(2) Ilmu-ilmu yang lebih (yang tidak dikehendaki oleh agama).
Ilmu-ilmu yang lebih (yang tidak dikehendaki oleh agama) itu ialah:
Tiap-tiap ilmu pengetahuan yang tidak berdasarkan salah satu dari kitab Allah dan sunnah Rasul-Nya, lebih-lebih lagi yang bertentangan dengan kandungan keduanya atau dengan yang difahamkan dari keduanya, atau pun ilmu pengetahuan yang tak dapat memberi pertolongan untuk memahami kandungan keduanya.
Ilmu yang tersebut yang bukan sahaja tidak perlu dipelajari, bahkan boleh jadi ia dari ilmu-ilmu yang tidak memberi manfaat yang disuruh oleh Rasulullah s.a.w. supaya umatnya memohon dilindungi dan dijauhi oleh Allah Taala daripadanya, lebih-lebih lagi ilmu yang membahayakan diri sendiri atau orang lain, seperti ilmusihir,  ilmu nujum (Astrologi) dan sebagainya.


Hadis Kedua Puluh Dua
22- عَنِ ابْنِ مَسْعُودٍ قَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَعَلَّمُوا الْعِلْمَ وَعَلِّمُوهُ النَّاسَ تَعَلَّمُوا الْفَرَائِضَ وَعَلِّمُوهُ النَّاسَ تَعَلَّمُوا الْقُرْآنَ وَعَلِّمُوهُ النَّاسَ فَإِنِّي امْرُؤٌ مَقْبُوضٌ وَالْعِلْمُ سَيُقْبَضُ وَتَظْهَرُ الْفِتَنُ حَتَّى يَخْتَلِفَ اثْنَانِ فِي فَرِيضَةٍ لَا يَجِدَانِ أَحَدًا يَفْصِلُ بَيْنَهُمَا. (الدارمي والدارقطني)
22 - Dari Ibnu Mas'ud ra., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Pelajarilah ilmu-ilmuagama dan ajarkanlah dia kepada orang ramai;  - pelajarilah perkara-perkara yang difardukan dalam Islam dan ajarkanlah dia kepada orang ramai;  pelajarilah Al-Qur'an dan ajarkanlah dia kepada orang ramai; kerana sebenarnya aku seorang yang akan mati (seperti makhluk-makhluk yang lain) dan ilmu juga akan diambil (kembali oleh Tuhan dan hilang lenyap) dan akan lahirlah berbagai-bagaifitnah kekacauan sehingga akan berselisih dua orang dalam satu perkara yang difardukan, yang mereka tak dapat seorang pun yang boleh menyelesaikan perkara yang diperselisihkan itu".
(Ad-Darimi dan Ad-Daruqutni)
Hadis yang kedua puluh dua ini mengandungi:
(1) 
Perintah belajar dan mengajar.
(2) 
Amaran tentang kehilangan Ilmu dan akibatnya.
Huraiannya:
(1) Perintah belajar dan mengajar:
Ilmu yang diperintahkan belajar dan mengajarnya, sebagaimana yang diterangkan dalam hadis ini ialah:
Pertama - Segala ilmu 
pengetahuan yang berhubung dengan agama.
Kedua - Ilmu yang difardukan seseorang mempelajarinya untuk bawaan dirinya sendiri dan juga untuk orang lain.
Ketiga - Ilmu yang berhubung secara 
khusus dengan Al-Qur'an.
Sebagai sebuah kitab suci,  kalam Allah yang wajib dijaga dan dipelihara dari sebarang pindaan dan pengubahan, baik pada sebutannya mahu pun padacara bacaannya, maka Rasulullah s.a.w. menegaskan secara khusus tentang wajibnya belajar dan mengajar ilmu yang tersebut untuk mengesahkan benarnya apa yang dijaminkan oleh Allah Taala pada ayat 9, Surah Al-Hijr, yang bermaksud:  "Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Qur'an dan Kamilah yang memeliharanya."
(2) Amaran tentang kehilangan ilmu dan akibatnya:
Oleh sebab Rasulullah s.a.w. ialah yang menyampaikan ilmu-ilmu agama dan Baginda juga seorang manusia yang akan mati maka Baginda menyuruh umatnya belajar dan mengajar segala jenis ilmu pengetahuan yang disampaikannya, kerana dengan kecuaian belajar dan mengajar maka ilmu pengetahuan akan beransur-ansur hilang,  sehinggakan perkara-perkara fardu yang seorang mesti mengerjakannya pun akan berlaku padanya perselisihan dengan tidak didapati orang yang boleh menyelesaikannya.


Hadis Kedua Puluh Tiga
23- عَنْ أَبِي بَكْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ اغْدُ عَالِمًا أَوْ مُتَعَلِّمًا أَوْ مُسْتَمِعًا أَوْ وَلَا تَكُنِ الخَامِسَةَ فَتَهْلِكَ. (البزار)
23- Dari Abu Bakrah ra., Dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Jadikanlah dirimuorang alim atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalumendengar pelajaran agama, atau pun orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut); dan janganlah engkau menjadi (dari) golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa."
(Al-Bazzar)
Hadis yang kedua puluh tiga ini menyuruh supaya tiap-tiap seorangmenentukan sikapnya terhadap ilmu agama. 
Huraiannya:
Tiap-tiap seorang dikehendaki 
menentukan sikapnya terhadap ilmupengetahuan agama dengan salah satu dari empat cara,  iaitu menjadikan dirinya orang alim yang mengajar atau orang yang belajar atau orang yangmendengar syarahan-syarahan agama atau pun orang yang mencintai dan menghargai salah satu dari tiga golongan yang tersebut dengan menurut jejak langkahnya.
Dengan sikap yang demikian, seseorang itu terjamin untuk mendapat keselamatan dan kebahagiaan, sama ada dalam perkara jasmaninya mahu pun rohaninya, kerana ia sentiasa dalam jagaan ilmu pengetahuan yang memimpinnya kejalan yang benar dan memberinya kesedaran untuk
memilih yang baik dari yang buruk dan yang hak dari yang batil.
Ada pun golongan yang kelima, iaitu yang tidak termasuk dalam salah satu dari empat golongan yang tersebut, maka mereka adalah golongan yang binasa, kerana mereka tidak ada pimpinan yang dengannya mereka dapat membezakan di antara yang benar dengan yang salah.
Imam Mawardi menyatakan: Bahawa orang yang menganggap ilmu syarak itutidak ada faedahnya dipelajari dan lebih baik sahaja ditinggalkan,  sebenarnya orang itu tenggelam dalam kesesatan dan jauh dan mendapat hidayat pertunjuk, serta ia termasuk dalam golongan yang kelima yang binasa.

Hadis Kedua Puluh Empat
24عَنْ مُعَاوِيَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ يُرِدِ اللَّهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِي الدِّينِ وَإِنَّمَا أَنَا قَاسِمٌ وَاللَّهُ يُعْطِي وَلَنْ تَزَالَ هَذِهِ الْأُمَّةُ قَائِمَةً عَلَى أَمْرِ اللَّهِ لَا يَضُرُّهُمْ مَنْ خَالَفَهُمْ حَتَّى يَأْتِيَ أَمْرُ اللَّهِ. (البخاري ومسلم)
24 - Dari Muawiyah r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Sesiapa yang dikehendakiAllah mendapat kebaikan, nescaya dijadikan dia seorang yang beroleh fahaman yang teliti dalam perkara agama dan bahawa sesungguhnya aku ini hanyalah yang membahagikan, sedang Allah Taala jualah yang memberi dan sebahagian dari umatku ini tetap terus menjalankan agama Allah,  tidak ada sesiapa pun dari kalangan orang-orang yang menyalahi mereka dapat merosakkan mereka, sehinggalah datang perintah Allah."
(Bukhari dan Muslim)
Hadis yang kedua puluh empat ini menerangkan: 
(1) Kelebihan orang yang dikurniakan fahaman yang teliti dalam perkara agama.
(2) Allah jualah yang mengurniakan ilmu pengetahuan. 
(3) Sebahagian dari umat Muhammad s.a.w. tetap terus menjalankankebenaran. 
Huraiannya:
(1) Kelebihan orang yang dikurniakan fahaman yang teliti dalam perkara agama:
Di antara ilmu-ilmu agama yang utama sekali pada nilaian Allah Taala ialah ilmu agama yang telah diwahyukannya kepada Rasul-Nya. Sebabnya kerana ilmu agama ini diturunkan oleh Allah Taala dengan dua tujuan: 
Pertama: - kerana mengaturkan hubungan manusia sesama manusia dan mengatur hubungan manusia dengan Allah `Azza wa Jalla. Dengan ilmu agama ini Allah Taala mengajar mereka adab peraturan yang jika diamalkan oleh seseorang akan hiduplah ia dengan saudara-saudaranya - manusia yang lain - dalamkeadaan kasih mesra dan bersih suci dari perasaan hasad dengki. 
Kedua - dengan ilmu agama ini juga Allah Taala mengajar mereka adab peraturan yang jika diamalkan oleh seseorang dalam hubungannya dengan Tuhan akan berjayalah ia mencapai keredhaan-Nya, iaitu dengan menjadikan dia berkehidupan bahagia di dunia dan mendapat balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak.
Jika demikian natijah mengetahui ilmu agama,  maka sudah tentu kejahilan terhadapnya membawa kecelakaan di dunia dan pada hari balasan. 
Hadis ini menerangkan bahawa ilmu pengetahuan yang sayugianya tiap-tiap seorang berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatnya ialahilmu pengetahuan yang membawa keselamatan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
Maka sesiapa yang Allah kehendaki beroleh kebaikan,  disebabkan usahanya bersungguh-sungguh mencari yang demikian, nescaya Allah jadikan dia seorang yang memahami ilmu agama Islam dengan secara mendalam keranaagama Islam dan ilmu-ilmunya adalah dari Allah untuk kebaikan umat manusia di dunia dan di akhirat, meliputi jasmani dan rohaninya.
(2) Allah jua yang mengurniakan ilmu pengetahuan: 
Sebagaimana yang sedia maklum, bahawa sesuatu perkara yang dihajati tidak akan tercapai melainkan dengan menjalankan usaha yang bersungguh-sungguh dan menurut peraturan yang tertentu, lebih-lebih lagi ilmu pengetahuan agama,  itupun tidak cukup melainkan dengan adanya pertolongan dan limpah kurnia Allahmemberikan orang itu persediaan untuk memahami makna dan maksud sesuatu masalah yang dituntut itu sekadar kemampuannya.
Rasulullah s.a.w. telah pun menyampai dan membahagikan segala apa yang diperintahkan dengan sehabis-habis daya usahanya dengan tidak mengutamakan seseorang atau sesuatu kaum dan yang lain dengan cara yang demikian sepatutnya orang-orang yang menerima itu sama keadaannya tentang faham dan pendapatnya mengenai perkara yang disampai dan dibahagikan oleh Baginda, tetapi apa yang telah berlaku adalah berlainan. Demikian pula halnya alim ulama yang menjadi waris Baginda untuk menyampaikan ilmu pengetahuan agama, mereka hanya menyampaikan dan menerangkan sekadar yang diilhamkan Allah kepada mereka untuk berbuat demikian.
Tentang adanya perbezaan faham - dalam dan ceteknya, luas dan sempitnya - di antara orang-orang yang menerima penyampaian itu mengenai rahsia sesuatu hukum syarak maka yang demikian bukanlah tanggungan pihak yangmenyampaikan bahkan fahaman yang luas dan mendalam itu adalah limpahkurnia Allah yang diberikannya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya menurut peraturan-Nya.
(3) Sebahagian dari umat Muhammad S.A.W.  tetap terus menjalankankebenaran. 
Dalam hadis ini Rasulullah s.a.w. memberikan berita gembira tentang kebenaran agama Islam - dengan sifatnya agama yang diturunkan oleh Allah Taala untuk kebaikan jasmani dan rohani serta kebahagiaan dunia dan akhirat - tetapterpelihara sekalipun dicuaikan dan tidak dihargai oleh golongan-golongan yang hanya mementingkan kebendaan semata-mata sebagaimana yang ternyata padamasa akhir-akhir ini.
Agama Islam yang demikian keadaannya tetap dijalankan oleh sebahagian dari umatnya dengan tidak tercacat bawaan mereka oleh sebarang angkara dari pihak yang menyalahinya sehingga datang perintah Allah `Azza wa Jalla mematikan sekalian orang yang beriman dan tinggallah sahaja orang-orang yang tidak tahu menyebut nama "Allah" pun, maka pada zaman mereka inilah akan berlakunya hari qiamat.
Hadis ini juga memberi semangat dan menjamin keselamatan orang-orang Islam yang menjalankan perintah Allah dan Rasul-Nya dengan sempurna. 
wallahualam....






Saturday, May 24

AKU PERGI DAHULU buat seketika waktu ...

:: Duhai HATI ::

Mulut sentiasa berbicara tentang cintakan Ilahi, namun hati sibuk mencari cinta pujaan hati. Suara lantang menegakkan kebenaran, namun jiwa ingin merasai nikmat percintaan yang tidak ditabalkan. Munajat mengalir di ruang lidah, namun jasad tak kuat nak bermujahadah. 

Kita bilang sayangkan DIA, tapi hakikatnya, si dia tetap pertama di sanubari kita. 
Kita janji dalam solat yang hidup dan mati kita hanya untuk-NYA tapi usaha kita lebih ke arah mengejar cinta si dia. Kita impikan Syurga namun jalan ke Neraka yang memenuhi langkah kita. 

Adakah kita letakkan DIA hanya di bibir tanpa membuktikannya?? Kerana dia, kita pinggirkan DIA. Adakah DIA berpuas hati?? 

Tepuk dada, tanya iman kita yang masih berbisa …Allah.



Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. 

Assalamualaikum. 

Hari demi hari aku lewati dengan penuh mengharapan agar diri ini sentiasa di bawah RahmatNya, agar Allah memberkati setiap pekerjaan yang aku lakukan. Perjalanan masih jauh untuk mencapai matlamat kehidupan yang hakiki. Yang kekal Abadi. Tiada cacat celanya. 

Alhamdulillah, masih di beri kesempatan masa untuk jari-jemari ini bertinta setiap bait-bait kehidupan.Syukur kepadaMu masih di beri kesempatan untuk memperbaiki diri, membetulkan salah dan silap yang selama ini di lakukan dalam sedar dan tanpa sedar, mohon maaf pada yang pernah terluka. 

‘Maaf’.., sukar di ucap. Bukan semudah itu. Hati yang keras dan kotor perlu di bersih dahulu. kadangkala suatu kata diungkap, di zahirkan dan ditulis hakikatnya bukan untuk difahami oleh sesiapa, mungkin lebih kepada untuk menulis meluah rasa yang tidak dapat dibicara. 

Walaupun sering kali kita mendengar ungkapan, “tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima”, tetapi sangat berbeza dari segi rasa maaf, sangat sukar untuk memberi maaf taktala hati sedang terluka, lebih-lebih lagi luka yang terpahat di hati. Sudah jemu dengan luka yang berkali-kali di racuni. Allah.. ujian kehidupan yang tidak pernah serik.



“Sedangkan nabi pun ampunkan ummatnya, inikan pula kita manusia biasa” 

“Allah maha pengampun, Allah pun ampunkan makhluknya, inikan pula kita.” 

Alangkah indahnya jika ia semudah tuturan. 

Memang kata-kata ini sentiasa di ungkap oleh orang yang ingin di maafkan dan orang-orang yang sedang memotivasikan kita. It is easy to forgive, but not to forget. Right ? 

Untuk kita manusia biasa yang tak berapa nak sempurna ni, maaf itu sukar di terima, ia memerlukan masa, dan masa itu perlukan peredaran dari hari ke hari, minggu ke minggu, bulan ke bulan, dan akhirnya kita akan melupakannya. Kata maaf sangat sukar di ucap dan mudah juga di lafaz, kadang-kadang mulut kata Maaf, tapi hati?? Maaf itu mudah dilafaz, mudah juga dibalas ‘ya, saya maafkan’. tapi, adakah itu seikhlas hatinya? Allahualam. 



Allahuakhbar, sukarnya mahu membentuk hati ini kembali bersih, jauh daripada titik-titik hitam. Memang sukar untuk hati ini untuk memaafkan orang lain. Kita sebagai hamba Allah yang lemah, hina, dhaif, dan serba kekurangan ini memang tidak akan terlepas daripada melakukan dosa. Sama ada dosa itu kecil sebesar zarah ataupun dosa besar. Nauzubillah. 

“Ketika aku menjadi pemaaf dan tak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas dari bara permusuhan. Ketika musuhku lewat di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya. Semua itu ku lakukan agar aku dapat menjaga diriku dari kejahatan. Aku tampakkan keramahanku, kesopananku, dan rasa persahabatanku kepada orang-orang yang ku benci, sebagaimana ku tampakkan hal itu kepada orang-orang yang ku cintai. Manusia adalah penyakit, dan penyakit itu akan muncul bila kita mendekati mereka. Padahal menjauhi manusia bererti memutuskan persahabatan. “–Imam Syafie 

Monday, December 23

Kenangan Terindah :D

Aku yang lemah tanpamu
Aku yang rentan karena
Cinta yang tlah hilang darimu
Yang mampu menyanjungku
Selama mata terbuka
Sampai jantung tak berdetak
Selama itu pun
Aku mampu tuk mengenangmu
Darimu…
Kutemukan hidupku
Bagiku…
Kau lah cinta sejati
Yeah ooh…
(Bagiku engkau lah cinta sejati)
Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan ku jadikan kau kenangan
Yang terindah dalam hidupku
Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupku
Yang tlah terukir abadi08derr4ftgf
Sebagai kenangan yang terindah







Friday, November 15

PRA-U DALAM LIPATAN SEJARAH

Hakikat Kejayaan

Hakikiat kejayaan itu bersifat subjektif. Membawa pengertian yang sangat besar. Allah SWT Maha Adil. Setiap manusia dijadikan dengan fungsi untuk mencapai kejayaan tersendiri. Dalam bidang yang berlainan dan pelbagai. Tiada yang sia-sia. Allah SWT berfirman yang bermaksud:-
“Maka apakah kamu mengira, bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja), dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?”
(Surah al-Mukminun: Ayat 115)
Tiada manusia yang lahir tanpa makna. Tiada manusia lahir sia-sia. Biarpun seorang tukang sapu. Betapa bermaknanya mereka. Jika mereka tiada, seluruh tempat akan menjadi kotor. Maka tukang sapu telah berjaya menjadikan banyak tempat bersih. Itulah kajayaannya. Tahniah kepada tukang sapu!

Kejayaan Bukan Hanya Dalam Pelajaran

Ternyata, tidak semestinya mereka yang berjaya memperoleh markah yang tinggi dianggap berjaya. Tidak semestinya mereka yang sememangnya genius akan sentiasa mendapat tempat dalam pelajaran. Tetapi mereka yang berjaya adalah seorang yang sentiasa mampu bertahan (survive) dengan persikitaran mereka. Mempunyai prinsip hidup yang tetap dan benar. Mampu menongkah arus yang kadangkala menyongsang arah perjuangan.
Maka, tiada istilah putus asa untuk mereka yang tidak hebat dalam pelajaran… tiada kata malas untuk mereka yang agak lambat dalam menuntut ilmu. Tiada kata rendah hati untuk mereka yang sering ketinggalan. Kerana di hadapan mereka terbentang luas pelbagai jenis kejayaan. Yang menjadikan mereka pelbagai manusia yang berjaya dalam bidangnya.
Percayalah, rahmat Allah itu luas dan Allah sesekali tidak suka orang yang berputus asa. Walaupun kadangkala hambaNya itu melampaui batas.
Firman Allah yang bermaksud:-
Katakanlah: “Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(Surah Az-Azumar : Ayat 53)
Kita hidup bukan untuk mengejar kesempurnaan hidup. Kita hidup untuk menyempurnakan aspek kehidupan kita di akhirat kelak. Duit yang banyak dan syarikat yang berjaya bukan matlamat kita. Kenapa kita harus bersedih atas kehilangan benda-benda sebegitu?



MURABBI LUGHA AL ARABIYYAH
Ust Mohd Zainaphi Zainal <3
..ust terimakasih kerana sudi mencurahkan segala ilmu dari mu untuk kami semua anak2 ust yg comel2 belaka.. hahhaha , maafkan kami , halalkan segala mkn minum ust bg :)
lastly... ust Hensom !! :D hahhahaha 



melaka :)


hahha :D ZulhaqimY Muhammad.Nazrul Muhammad Afiq



Menanti Bus untuk kami


errr... ape ni ?? adeeh



Riadhah bersama Ust Jamaluddin


Riadhah petang di Pantai


Tonite we are young USTAZ!! :D



hahha,, Running Iman korang semua yeee ^__^



Senam laaa senam senam..


Put3's beriadhah ...


Pecutan terakhir 4 Imtihan sem 3... insyaAllah


haha.. ketidaksabaran semuanya



hahahaaaa......


Ustazah Aini . Puan Marina . Ustazah Latipah . Puan NorAfza :)


Terompah UNTUK GerGASI !!!! >.<


... hhahha put3


Muhammad Hafizul . Muhammad Afiq . Abdul Rahman R



“Cinta bukan tujuan, tapi hanyalah jalan. Cinta itu bukan matlamat, tapi hanyalah alat…” – Ustaz A.Ubadillah Alias

“Cinta itu fitrah. Ilmu itu amanah. Iman itu perlu diasah. Maksiat itu perlu dicegah!”
Ashadu Anla Ilahailallah Wa Ash Hadu Anna Muhammad Rasulullah. Hanya padaMu Tuhan, aku berserah…

AKU CINTA PADA MU SAHABAT KERANA ALLAH TA'ALA :)

Wednesday, February 20

MEMILIKI CINTA HIGH CLASS ?






Assalamualaikum permuka kata .... buat semua sahabat handai ,

CINTA HIGH CLASS

Cinta high class bukan memilik sesiapa tapi cinta high class ini berhak dimiliki oleh KITA SEMUA.
_________________________________________________________________________________
Jangan tunggu esok,lusa meskipun tulat.Hari ini juga kita mesti usahakan diri kita agar dapat mencintai secara high class.Don't forget untuk sesiapa yang sudah mempunyai pasangan,ajak dan bantu si dia agar dapat mencintai secara high class juga.


                                                                           Cinta High Class tu APA?


Cintamu mendaulatkan Allah nombor satu,
Cintamu padaku kerana Allah yang satu,
Cintamu bermujahadah menahan nafsu.

"Ya Allah,aku memohon cinta-Mu dan cinta orang yang mencintai-Mu,dan amalan yang menyampaikan aku kepada cinta-Mu.Ya Allah,jadikanlah cinta-Mu lebih aku cintai dari diriku,keluargaku dan daripada air yang sejuk(ketika panas terik)." (HR Al-Tarmizi).


Wanita dan lelaki saling tertarik antara satu sama lain.Itu perkara biasa dan ianya merupakan fitrah manusia.Malah,ketertarikan yang kuat ini turut dirasai oleh binatang jantan dan betina.Begitulah cara Allah untuk menjamin kehidupan di dunia sentiasa berterusan.

Wanita dan lelaki saling jatuh cinta.Itu juga biasa.Islam menolak sistem yang cuba menghapuskan terus fitrah ini seperti merahibkan diri.Islam menawarkan solusi iaitu pernikahan untuk menyalurkan fitrah semulajadi ini menjadi suatu barakah.....














Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

kamu orng yang ke berape entah